Sunday, September 22, 2019

Mata Ganjaran Kad Kredit Tiada Nilai?

Beberapa hari dulu baru saya terima katalog penebusan mata ganjaran kad kredit dari Citibank. Walaupun saya sudah terminate kad kredit Citibank beberapa bulan dulu, tapi disebabkan saya masih ada debit card pada bank ini, maka mungkin inilah sebab saya masih dapat terima katalog yang dikirim dari bank itu.

Saya hanya tersenyum kerana pada saya mata ganjaran kad kredit adalah sangat kecil nilainya sehingga boleh diabaikan.Tahukan kawan-kawan sekalian bahawa bagi setiap nilai RM1 yang kita nilainya setengah sen / 0.5 sen. Lain maksud ialah kita perlu belanja hampir RM 26,000 barulah kita boleh kumpul mata yang cukup untuk tukar 1 blender percuma.




Merujuk contoh diatas, kita perlu berbelanja sehingga RM 25, 500 untuk mendapatkan sebuah pengisar yang boleh dibeli pada harga RM100 (Kalau boleh dapat dari promosi mungkin harga akan lebih murah lagi).

Apa yang saya nak sampaikan?

Sesetengah orang sangat suka untuk mengumpul point, sehingga sanggup berbelanja dengan duit yang banyak untuk kumpul point yang sangat kecil nilainya. Apa yang jadi lebih teruk lagi ialah terdapat di antara mereka yang berbelanja benda yang bukan merupakan benda keperluan mereka.

Dan diakibatkan daripada belanja dengan terlalu banyak dan melebihi bajet yang mereka ada, terdapat juga sesetengah orang yang tidak mampu bayar balik hutang kad kredit mereka pula. Jadi tak perlulah terkejarkan reward pun sebab semua ni bukan berbaloi sangat bagi saya.

Bukan Minat Sangat Bagi Saya

Tak pernah saya belek-belek point sebab rasa macam tak menarik pun tawaran dia. Lagi pun guna kad kredit seminimum yang mungkin. Jadi saya tahu memang susah untuk saya kumpul point yang banyak.

Guna kad kredit tu biarlah berbaloi-baloi dengan bayaran tax RM50 setahun. Saya lebih suka guna Credit Card Direct Access yang beri pulangan rebat tunai 2% shopping di Tesco pada hari Ahad. Pada waktu yang sama dapat juga kupon tunai Tesco setiap 3 bulan. Lagi balance transfernya pun mudah, 0% utk 6 bulan..

Kalau bayar downpayment rumah atau kena guna kredit kad, bolehlah dapat banyak points. Tapi kena pastikan anda terus settle hutang kredit kad tu.


Ada nilai sebenarnya benda sikit tu pun bernilai kumpul lama-lama jadi bukit. Kawan saya punya cara ialah apa-apa pembelian mesti dia guna royalti kad sebab diberi percuma kalau suruh bayar yuran ahli.

Apa-apa pun jangan terlampau memburu point sampai tak mampu nak bayar melainkan anda sudah terlampau kaya sangat dan tak tahu duit nak campak ke mana.


Nasihat Yang Diberikan

Guna kad kredit dengan bijak. Kalau guna personal, memang nak kumpul point terlalu lama. Takkan la nak shopping semata-mata untuk kumpul mata ganjaran.

Nak shopping sampai RM 25,000 rasa macam banyak melampau. Cuba kita guna kad kredit untuk beli barangan keperluan. contohnya isi minyak, belanja di pasaraya (brg dapur @ keperluan lain), dengan ini mungkin tanpa kesedaran kita tiba-tiba point kita boleh mencapai berpuluh ribu.

Tapi jgn lupa, kita guna kad kredit adalah untuk beli barang keperluan, jadi kena terus bayar kad kredit setiap bulan dan jangan tangguh walau seminggu pun.

Syarikat kad kredit pun bukan bodoh, point yang anda kumpul boleh jadi expired. Jadi kalau kita guna tak banyakk, memang patut tak payah guna la. Kumpul point pun sikit sudah expired.

No comments:

Post a Comment