Saturday, July 31, 2010

Pertandingan Mewarna Tema Kitar Semula

Pagi tadi saya bawa anak-anak menyertai pertandingan mewarna tema kitar semula yang dianjurkan pihak berkuasa tempatan di kawasan estet tempat saya tinggal ni. Pertandingan mewarna tersebut terbuka untuk kanak-kanak umur 5 dan 6 tahun, sedang eloklah tomyam junior dan princess tomyam join. Sebenarnya objektif utama bawa mereka menyertai pertadingan tersebut adalah untuk beri pendedah kepada mereka bergaul dengan skop yang lebih luas, juga mendidik supaya kalah dan memang merupakan adat dalam setiap pertandingan, biasalah budak-budak, kalau boleh semua mahu dia menang je kan.





Peserta diberikan masa selama satu jam untuk mewarnakan lukisan yang bertemakan kitar semula. Mungkin matlamt utama adalah untuk mendidik generasi baru penggunaan konsep kitar semula dalam kehidupan harian.



Sambil tu sempat juga snap banner dan kata-kata motivasi yang di gantung di kompleks kejiranan tu. Lama dah sebenarnya nak snap cuma tak bawa kamera, kebetulan hari ni bawa kamera dapatlah ambil.

Hasil warna tomyam junior, memang typical orang lelaki kot, semua main nak cepat aje, tak banyak guna warna dan kaler pun lebih kurang aje hahaha.

Princess tomyam agak teliti dan cermat dalam mewarna. Orang perempuan, cumanya ambil masa la pulak untuk siapkan lukisan tu. Sampai habis masa pun tak siap-siap lagi dia. hahaha.

Sambil menunggu deme berdua tu siap, saya juga sempat masuk ke dalam Pusat pembelajaran komuniti di kompleks tersebut, terjumpa pulak buka Malaysia Book of Records. Macam-macam rekod yang telah dicatatkan oleh masyarakat malaysia ni, terpanjang, tertua dan macam-macam ter lagilah. Salah satu ter yang saya sempat baca tadi adalah berkaitan Istana tertua di negara ini.



Berdasar catatan Malaysia Book of Records, Istana Balai Besar di Kota Bharu, Kelantan dicatatkan sebagai bangunan istana tertua di negara ini. Dimulakan pembinaan pada tahun 1840 semasa pemerintahan Sultan Muhammad II (1839-1886). Baru tahu rupanya, sebelum ni tak tahu la pulak icon biggrin Pertandingan Mewarna Tema Kitar Semula .
Keputusan pertandingan akan diumumkan pada hari Ahad minggu depan, tak kisahlah menang atau tidak, janji budak-budak tu seronok menyertai pertandingan dan belajar sesuatu yang baru.



Friday, July 30, 2010

Youtube Terbaik Bila Perempuan Main Bola

Rasanya ni entry terakhir untuk bulan Julai ni, sedar tak sedar bulan Julai ni sahaja sebanyak 70 blog entry di hasilkan sepanjang 31 hari ni, secara puratanya 2.26 blog entry sehari. Sekali tengok macam mabuk posting je blog ni, tapi bila dua-tiga kali tengok sebenarnya ada motif dan tujuan serta rasional kenapa begitu kencang blog ni buat blog entry. Nanti akan dibincangkan di akhir garisan masa yang bersesuaian nanti.

Youtube terbaik dan paling best hari ni bila perempuan main bola. Kalau tidak silap last sekali insiden macam ni berlaku semasa perlawanan suku akhir Ghana dengan Uruguay. Tapi dalam kes tu si Luis Suarez buat bila bola dah betul-betul nak masuk gol, dalam kes ni pulak. cuba tengok:


Aksi dalam Women’s U-20 World Cup antara South Korea dengan Germany. Lupa kot, mesti kes lupa si defender tu. Kalau tak lupa mesti dia keliru, bola tu dah ‘out’ ke belum. Tak pun dia juga keliru ni game bolasepak ke bolajaring ni. Tak pasal-pasal dapat penalti. huhuhu

Apa-apapun blog ni bukan ‘sexist’, kekadang player lelaki pun banyak jugak benda-benda macam tu, lebih teruk pun ada jugak.