Wednesday, October 21, 2015

Cikgu Hasniza, PBS dan Pengorbanan Seorang Guru

Luahan hati Cikgu Hasniza sekarang sedang viral dimedia sosial terutamanya di kalangan guru. Luahan hati beliau, hanya cikgu sahaja yang memahaminya. Apabila saya baca luahan hati Cikgu Hasniza ini, teringat zaman saya mengajar di sekolah dulu.


Pada pendapat saya, pentaksiran berterusan itu bagus kerana ia lebih holistik berbanding dengan pentaksiran berpusat. Tapi, PBS perlu dibaiki lagi. Cikgu-cikgu 'melenting' dan 'merungut', tentu ada sebabnya. Kaji, dan baikilah kelemahan itu. Terdapat contoh pentaksiran berterusan yang bagus sebenarnya, seperti yang dijalankan di sekolah teknik, kolej vokasional, pusat tingkatan 6 dan kolej matrikulasi. Sedar tak, cikgu-cikgu yang bertugas di sana, tak banyak merungut pun.


Yang paling saya sedih tentang PBS, ia merosakkan profesionalisme perguruan. Masyarakat melabel guru sebagai golongan yang suka merungut. Ada kawan bukan cikgu pernah cakap, cikgu banyak cuti, naik pangkat cepat, tapi bila buat kerja merungut-rungut.  Ada kawan cikgu pula, asyik-asyik berkata pendidikan di Malaysia teruk dan dia nak berhijrah, jadi cikgu di UK. Tak patut kan!


Kenyataannya, cikgu-cikgu yang saya kenal, tak pernah berkira untuk menjalankan tugas, tak berkira untuk membelanjakan duit untuk murid dan sekolah, dan tak berkira mengorbankan masa untuk meningkatkan kualiti dan kuanititi pencapaian murid.



Kepada rakan-rakan cikgu semua sekalian, janganlah putus asa dengan senang! Lawan tepat lawan!

Kepada ibu bapa atau pelajar-pelajar yang ingin mengetahui macam mana mereka boleh menggunakan Sistem SAPS Ibu Bapa untuk buat semakan bagi keputusan peperiksaan mereka, boleh mereka klik link yang diberikan dan anda boleh buat rujukan di sana.