Wednesday, November 6, 2019

Rahsia Gunting Rambut Untuk Jadi Hensem

Rahsia ini bakal terbongkar. Apa akan terjadi kalau lelaki pergi kedai Gunting Rambut Abg Hensem? Jawapnya mudah. Lelaki tersebut akan menjadi hensem kerana potongan rambut terkini, gaya menawan dan kemasan yang terjamin. Itulah rahsia untuk memastikan rambut lelaki menjadi hensem.

Bagi saya sudah tentu tidak. Saya sudah rasai sendiri ‘hensem’nya selepas gunting rambut di kedai gunting Rambut Abg Hensem. Tukang guntingnya juga hensem. Kalau dia mengerling wanita boleh cairnya jadinya. Nasib baik dia dah berpunya. Minta maaf buat Bro Zul. Beliau ialah pengendali kedai gunting yang menggunakan jenama Abg Hensem Gunting Rambut.


Keserasian saya dengan Bro Zul yakni tukang gunting di kedai tersebut sudah terasa ketika pertama kali saya bertemu. Dia merupakan seorang yang peramah. Bijak untuk berborak dengan pelanggan. Ternyata kemahiran mesra dengan pelanggan boleh mendorong saya menjadi pelanggan setia dengan kedai gunting Abg Hensem. Satu bonus untuk perniagaan mereka.

Sejujurnya saya cerewet dengan hasil kerja tukang gunting. Namun hasil kemahiran tangan menggunting rambut di Abg Hensem Gunting Rambut cukup  kemas, teliti dan yang pasti puas hati. Saya terus mengajak Bro Ishak untuk terjah mereka sebagai aktiviti mingguan bagi kami.

Saya memang akui perkhidmatan yang disediakan oleh Kedai Gunting Rambut Abg Hensem terbaik di Desa Ilmu Kota Samarahan. Tempatnya berhawa dingin dan persekitaran bersih. Ada nombor giliran dan yang unik kita akan rasa hensem kalau bergunting rambut kat situ. Mainan psikologi dan manipulasi minda mengenakan la pulak.

Hasil pertanyaan beberapa soalan maka terjawab juga rahsia gunting rambut untuk menjadi hensem nie. Antaranya ialah kerana Bro Zul sudah menceburi bidang gunting rambut sejak dari berumur 20 tahun lagi. Pengalaman dan kemahirannya sudah diakui dan serta menyakinkan terutama kepada pelanggan yang baru pertama kali. Saya sempat bertanya bagaimana timbulnya minat dalam bidang tersebut.

Bro Zul menjelaskan kepada saya bahawa kerjaya gunting rambut boleh mendatangkan duit yang cepat berbanding bekerja makan gaji di ladang kelapa sawit yang dikatakan berdekatan rumahnya di kampung. Ternyata pemikiran Bro Zul cenderung kepada dunia usahawan.

Saya amat sarankan penduduk Desa Ilmu untuk mencuba hasil sentuhan dan kemahiran menggunting rambut di kedai Abg Hensem Gunting Rambut. Bak kata urang Sarawak.. Kitak hensem…kitak Ohsem. Itulah rahsia untuk menjadi lelaki hensem dengan sentiasa kemas rambutnya. Muka tu kalau boleh mesti manyak senyum juga la. Kalau belum kahwin pasti makwe terpikat dan jika dah kahwin tentulah bini abang-abang bertambah sayang. Jeles pun bertambah tau!

Nama kedai nama Abg Hensem diilhamkan oleh rakan bisnesnya iaitu Haji Amran. Dikhabarkan beliau kurang sihat ketika saya berada di lokasi. Kalau tidak dapat juga kami menuramah beliau. Kini kedai gunting tersebut dikendali oleh dua orang lelaki hensem iaitu Bro Zul dan Bro Firdaus.

Antara cabaran kedai Abg Hensem Gunting Rambut masih belum dikenali ramai. Maklum sahaja baru beroperasi pada bulan Ogos 2016. Saya di sini memberi saranan kepada mereka untuk membuat promosi menggunakan risalah dan diedarkan ke kawasan perumahan berdekatan. Mereka juga memasang banner di merata tempat dalam kawasan peumahan Desa Ilmu. Satu usaha yang bagus.

Saya juga kagum dengan impian Bro Zul untuk membuka satu kedai sendiri di Asajaya. Kelengkapan hampir semua ada dan dalam proses terakhir. Saya berharap impiannya tercapai. Saya cuma mampu membuat promosi dan menulis artikel ini untuk rujukan dari dunia online.

No comments:

Post a Comment