Friday, July 30, 2010

Youtube Terbaik Bila Perempuan Main Bola

Rasanya ni entry terakhir untuk bulan Julai ni, sedar tak sedar bulan Julai ni sahaja sebanyak 70 blog entry di hasilkan sepanjang 31 hari ni, secara puratanya 2.26 blog entry sehari. Sekali tengok macam mabuk posting je blog ni, tapi bila dua-tiga kali tengok sebenarnya ada motif dan tujuan serta rasional kenapa begitu kencang blog ni buat blog entry. Nanti akan dibincangkan di akhir garisan masa yang bersesuaian nanti.

Youtube terbaik dan paling best hari ni bila perempuan main bola. Kalau tidak silap last sekali insiden macam ni berlaku semasa perlawanan suku akhir Ghana dengan Uruguay. Tapi dalam kes tu si Luis Suarez buat bila bola dah betul-betul nak masuk gol, dalam kes ni pulak. cuba tengok:


Aksi dalam Women’s U-20 World Cup antara South Korea dengan Germany. Lupa kot, mesti kes lupa si defender tu. Kalau tak lupa mesti dia keliru, bola tu dah ‘out’ ke belum. Tak pun dia juga keliru ni game bolasepak ke bolajaring ni. Tak pasal-pasal dapat penalti. huhuhu

Apa-apapun blog ni bukan ‘sexist’, kekadang player lelaki pun banyak jugak benda-benda macam tu, lebih teruk pun ada jugak.

No comments:

Post a Comment