Saturday, December 17, 2016

Benarkah Peperiksaan Punca Tekanan

Semakin ramai penduduk negara ini termasuk kanak-kanak dan remaja dikesan mengalami penyakit berkaitan psikiatri. Salah satu punca kepada masalah tersebut ada kaitan dengan tekanan yang dihadapi golongan berkenaan ketika menghadapi peperiksaan. Demikian kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang disiarkan dalam akhbar Kosmo! hari ini.

Statistik Kementerian Kesihatan sejak lima tahun lalu yang mendapati 11.2 peratus penduduk berusia 18 tahun ke atas mengalami masalah itu. Pada masa yang sama 20.3 peratus kanak-kanak dan remaja berusia 5 hingga 15 tahun mengalami masalah serupa.

Berdasarkan kenyataan tersebut ada kaitan yang ditemui di antara menghadapi peperiksaan sebagai punca tekanan kepada individu.

Mungkin sebab sesetengah individu meletakkan kecemerlangan dalam peperiksaan sebagai kayu pengukur atau indikator mutlak dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar. Kegagalan dalam mencapai sesuatu target menyebabkan lahirnya perasaan kecewa  dan membawa kepada kesan lain pulak.

Hakikatnya bukan setakat budak-budak dan remaja, golongan dewasa pun selalu mengeluh bila perlu menghadapi peperiksaan, lebih-lebih lagi yang sudah agak berumur, tak pasal-pasal tekanan darah naik dan macam-macam penyakit lain muncul.

Bila nak exam banyak persiapan yang perlu di buat. Open book test pun kadang-kadang lagi susah berbanding close book test.

Namun demikian peperiksaan juga diperlukan dalam menilai keberkesanan sesuatu proses pembelajaran para pelajar dan juga kefahaman serta kemahiran seseorang pekerja dalam organisasinya. Mungkin jugak satu kaedah lain perlu dikaji untuk menambahbaik sistem penilaian sesuatu perkara di dalam negara ni.

Apa dia gamaknya cara dan kaedah yang paling sesuai untuk gantikan kaedah peperiksaan ni…

No comments:

Post a Comment