Namun, masih terdapat manusia yang tidak tahu menghargai pemberian Yang Maha Esa dengan melakukan kezaliman ke atas bayi. Bayi akan didera dengan pelbagai cara seperti dipukul, dibakar dengan puting rokok, ditendang dan sebagainya.
Faktor-faktor Yang Mendorong Kepada Penderaan Bayi
Masalah Kewangan
Kes penderaan bayi di rumah sering kali dikaitkan dengan masalah kewangan ibu bapa. Tekanan ekonomi yang dialami oleh ibu bapa menyebabkan mereka hilang kewarasan dan menjadikan bayi mereka sebagai sasaran untuk melepaskan tekanan.
Masalah Keluarga
Keluarga yang mengalami pepecahan perkahwinan seperti penceraian akan menyebabkan ibu atau bapa mengalami tekanan jiwa. Tambahan pula dengan bayi yang masih kecil dan buat bising akan menyebabkan mereka kehilangan kawalan emosi lalu mendera anaknya.
Tekanan Kerja
Ibu bapa yang bekerja mungkin mengalami tekanan di tempat kerja. Selepas habis kerja dan sampai rumah, anak yang sering membuat bising akan menyebabkan mereka sangat resah dan gelisah.
Tabiat Hidup
Statistik menunjukkan bahawa kes penderaan bayi biasanya berlaku di keluarga di mana ibu bapa mempunyai tabiat buruk. Antaranya ialah sentiasa mabuk, berjudi dan menghisap dadah.
Bagaimana Untuk Mengurangkan Kes Penderaan Bayi
1. Penguat kuasaan Undang-undang
Undang-undang yang sedia ada harus diperketatkan di mana tertuduh yang didapati melakukan penderaan bayi dikenakan hukuman yang lebih berat seperti disebat dan penjara seumur hidup.
2. Kaunseling dan Seminar
Pasangan baru yang ingin berkahwin harus diwajibkan untuk menghadiri kelas kaunseling. Di kelas ini, mereka akan diajar bagaimana untuk mendirikan rumah tangga serta menjaga anak.
3. Perancangan Keluarga
Ibu bapa harus menjalankan perancangan keluarga. Mereka harus merancang berapa anak yang ingin dilahirkan dengan mengambil kira kedudukan kewangan.
Berikut merupakan video klip lagu memesan kita agar tidak melakukan penderaan bayi. Sila hayati lirik lagu-lagu berikut.
Sekiranya penderaan bayi ini adalah sangat teruk dan berlanjutan sekian lama, ada kemungkinan bahawa selepas bayi itu menjadi dewasa, dia akan menjadi seorang pendera terhadap mangsa lain juga. Dia mungkin berfikir bahawa mendera kanak-kanak secara fizikal, emosi dan melalui percakapan adalah perkara biasa.
Campur tangan pada peringkat awal adalah sangat penting sebab ia dapat membantu anak itu sembuh dari cobaannya. Jika kanak-kanak itu kenal dengan anda, jangan teragak-agak untuk mendapatkan bantuan pihak berkuasa yang sepatutnya agar dia dapat diselamatkan daripada penderita yang menderanya.
Jika ada apa-apa penderaan yang ada anda jumpai, boleh cuba untuk hubungi UNICEF Malaysia untuk mendapatkan bantuan dengan segera supaya keadaan dapat dikawal tanpa jadi lebih serius lagi.
No comments:
Post a Comment