Tuesday, December 17, 2019

Kisah Cinta Seorang Isteri Kepada Suami

Saya sedang bercuti. Kesempatan ini saya untuk meluangkan sedikit masa untuk menonton siaran Njoi. Sedang asyik pilih siaran yang memangnya terhad,saya tertarik untuk menonton siaran TV. Ada filem klasik cina bertajuk ‘Love With Perfect Stranger’ telah menghipnosiskan saya untuk terus melekat depan TV.

Menonton siaran TV tanpa sari kata Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris memang payah juga nak faham. Lebih-lebih lagi siaran berbahasa Mandarin atau Kantonis ataupun Hokkien,saya tak pasti. Belasah sahaja sampai habis. Jika ditanya faham ke tidak,saya hanya mampu kata faham  50 peratus jalan ceritanya.

Siapa nama hero atau heroin pun saya tak tau!Yang pasti si hero kacak orangnya manakala si heroin cantik sangat-sangat. saya tak nafikan bahawa saya cuma tahu jalan cerita bahawa ada sepasang kekasih yang bercinta kemudian berkahwin. Namun niat berkahwin mereka berdua ditentang keluarga. Akhirnya pasangan ini ambil keputusan kurang bijak untuk kahwin tanpa restu keluarga.

Amaran. Kisah ini cuma dalam filem. Dalam kehidupan sebenar jangan sekali kali buat. Nak buat juga saya akan hipnosiskan kalian supaya sedar bahawa langit itu tinggi dan lautan itu dalam. Ala. . gurau sahaja bah!

Konflik bermula ketika pasangan ini sudah berumahtangga. Si suami bekerja sebagai pegawai pemasaran manakala si isteri suri rumahtangga. Pada mulanya hidup bahagia. Biasalah orang baharu kahwin. Siapa yang dah ada kekasih dan ada kerja yang boleh menyara anak orang,jomlah kahwin. Jangan tunggu lama-lama nanti bertambah pula dosa.

Ketika si isteri sudah mengandung ada seorang kekasih lama isterinya datang kembali dalam hidup mereka. Pada ketika itu si isteri sudah seperti ada dilema. Nak terima kekasih lama atau kekal mencintai suami yang telah memboyotkan perutnya. Mak oii. . kasarnya bahasa saya.

Kekasih lamanya mula ambil ambil berat dan berjumpa si isteri yang tengah sarat mengandung. Apa reaksi si suami kalau bukan stress dan cemburu sangat-sangat. Atas alasan tertekan si suami minum air kencing syaitan. Biasalah orang yang tak beriman. Stress sahaja pergi mabuk-mabuk. Kalau mabuk laut tak pelah. Ya la kan.

Si isteri membawa diri. Si suami kemurungan. Kedua-duanya telah diuji dengan konflik rumahtangga. Formula penyelesaian cuma satu. Tak lain dan tak bukan kalau azimat cinta. Si isteri mesti cintakan suami dan si suami pula mesti ada  rasa cinta buat isteri. Hanya perasaan ini sahaja boleh menyelamatkan rumahtangga yang bergolak. Bukan dalam filem sahaja. Dalam situasi sebenar juga begitu.

Kemuncak konfik rumahtangga mereka mula terlerai. Maaf bukan bercerai berai. Si isteri yang cantik jelita selamat melahirkan anak yang comel sangat-sangat. Ketika di hosptial kekasih lama dan si suami cuba merebut cinta seorang wanita yang menjadi heroin dalam cerita ini. Masing-masing cuba memberitahu pihak hospital siapa ayah kepada bayi comel yang baru lahir tersebut.

Nampaknya si isteri ada kuasa pilihan. Dia boleh memutuskan siapa ayah kepada bayi itu kerana ikatan perkahwinan mereka ini belum disahkan. Mungkin kalian belum faham bahawa ada budaya cina mesti ada anak dulu baru dapat kahwin secara sah. saya tak pasti sejauh mana kebenaran budaya ini.

Akhirnya si isteri memang memilih suami berbanding kekasih lama adalah ayah genetik kepada bayi tersebut. Kekasih lama mengundur diri dan meminta maaf kepada si hero. Habis cerita.

Kesimpulan

Jika kalian tak faham apa yang saya ceritakan ini,minta maaflah ye. Filem tersebut saya tonton habis tanpa bantuan sari kata. saya mentafsir dengan bahasa badan dan logik akal berdasarkan kehidupan sebenar.

Moral of story dalam cerita ini senang sahaja,Si isteri mesti mencintai suami dan begitulah sebaliknya. Jika sukatan cinta berkurangan tambahkan dengan perhatian,doa,usaha dan menilai kembali nilai kasih sayang berpandukan ajaran Islam. Ingat hanya keluarga bahagia memberi sakinah kepada suami dan isteri serta anak-anak.

No comments:

Post a Comment