Wednesday, December 25, 2019

Koleksi Tudung Eksklusif Terbaik Dari Ladang

Heh, hebat tak hebat nama website Jual Tudung Online ni. Terus tertarik nak nak tengok koleksi tudung-tudung! Hahahahaha!! Ok, mood shopping raya dah sampai. Tak ada siapa yang boleh kawal. Lagi-lagi pula bila tengok shawls semua cantik-cantik. Grr!!!


Saya ni memang 24 jam duduk depan laptop. Maklumlah kerja pun bidang komputer, jadi saya memang lebih selesa bershopping secara online ni. Mudah & jimat kos minyak. hahahahaha!!! Jadi, bila cari di internet kedai tudung online mana yang best-best saya agak cerewet.

InsyaAllah tak tertipu sebab dah biasa beli online ni. Dah gatal tangan “usha” kedai tudung online macam-macam. Kadang-kadang, tudung tak lah cantik mana (sorry terpaksa kritik) tapi harga tak padan langsung! Bila bershopping online, kena bijak sikit. hehehehe!!!

Tapi, koleksi tudung dekat website Terbaik Dari Ladang ni menarik minat saya.

Apa yang saya suka dikedai online Terbaik Dari Ladang ini ialah kombinasi warna tudung-tudung, selendang-selendang dan baju yang “hidup”, terang dan ceria! Maaf sekali lagi, saya dah banyak jumpa tudung yang dijual di kedai online lain tapi sayangnya design macam cantik tapi sayang warna KUSAM. Tak menyerlah.

Banyak sangat koleksi yang ditunjukkan di kedai tudung online Terbaik Dari Ladang ni tapi ini antara koleksi tudung yang saya suka sangat sangat sangat!!! Saya suka warna yang meriah macam ni!!! Barulah orang perasan. wahahahahaha!!!! OK, over tapi tak percaya cuba korang tengok gambar bawah ini.

Sakit hati please kalau tak beli. hahahahaha!!! Warna-warna tudung ni semua ceria. Jarang saya nak jumpa tudung dengan corak yang saya suka, dengan warna yang ceria macam ini. Tergoda habislah. Lagi-lagi pula nak raya ni, Terbaik Dari Ladang ada promosi hari raya. Tak nampak tu perkataan “SALE” ke macam mana?? hehehehe!!!!

Kalau dekat luar, tudung dalam gambar ke 2 dan ke 3 daripada bawah ni mahu cecah RM60-80 tapi lainlah kalau korang pandai tawar menawar. Saya dah try, tapi musim-musim raya macam ni tak adalah diorang nak kurangkan harga. Harapan lah!! huhuhuhu!!! Jadi, saya pilih kedai tudung online Terbaik Dari Ladang ni sahajalah untuk borong tudung-tudung sempena hari raya nanti!!!

Kalau korang ada yang berminat nak beli tudung cantik-cantik, corak menarik dengan warna yang ceria macam ni..bolehlah shopping online sama-sama saya di Terbaik Dari Ladang. Siapa cepat, dia dapat. Banyak juga tudung yang saya minat, dah dirembat orang lain. huwaaaa!!!! Sedih! Lepas beli, kalau tak tau cara nak bergaya dengan shawls baru..bolehlah tengok tutorial shawls PALING SIMPLE!! dekat bawah ini. Senang sangat ok!

Tudung Hamidah

ASALNYA rekaan tudung dua rona itu dicipta khusus untuk pembaca berita Dunia@1 di RTM, Hamidah Hamzah, yang menggayakannya untuk siaran program berkenaan selepas dia mengambil keputusan untuk tampil dengan imej barunya, bertudung.

Rekaan cukup kemas dengan pelbagai ikatan menarik yang nyata sekali memperlihatkan keanggunan tuan punya diri, akhirnya melekat dengan jolokan tudung Hamidah.


Dalam tempoh hampir setahun sejak tudung Hamidah mula mencuri minat penggemarnya, pelbagai rona dan corak diperagakan pereka tudung terbabit, Amnas Ibrahim yang beroperasi menerusi butiknya, Anggerik Avenue.

Jika lazimnya pengacara terbabit memperagakan rekaan dua lapisan, Amnas turut menyediakan pilihan rekaan tudung Hamidah selapis, sesuai untuk mereka yang gemarkan gaya ringkas.

“Rekaan dua lapisan biasanya kelihatan lebih berseri kerana lapisan dalam menggunakan warna berbeza yang digandingkan dengan lapisan luar.

“Pilihan rekaan dua lapisan itu turut memudahkan pemakai melakukan suai padan dengan pakaian mereka berdasarkan warna tudung berlapis itu,” kata Amnas ketika ditemui di cawangan baru butiknya di pusat beli-belah SACC, Shah Alam, Selangor.

Sejak mula diperkenalkan pengacara berkenaan di kaca televisyen pada 18 April 2008, rekaannya turut menyaksikan kepelbagaian menerusi corak baru yang diketengahkan termasuk corak bunga-bungaan dan abstrak.

Kini, butik berkenaan menyediakan kira-kira 100 pilihan corak tudung Hamidah pelbagai rona dengan jenis fabrik berbeza.

“Untuk mereka yang mahu menggunakannya selapis, fabrik yang digunakan sedikit tebal, tetapi kain berkenaan lembut dan sejuk, justeru sesuai dipakai untuk tempoh yang lama.

“Tudung dua lapis pula biasanya menggunakan fabrik nipis di bahagian luar. Mungkin ramai yang beranggapan dua lapisan tudung agak menyusahkan, tetapi fabrik nipis di bahagian luar agak ringan, memudahkannya untuk dikenakan bermacam teknik ikatan atau simpulan,” katanya.

Menariknya, ia juga tidak memerlukan pemakaian kerongsang berlebihan khususnya di bawah dagu kerana rekaan tudung yang berjahit di bahagian bawah muka itu membolehkan tudung terus membentuk pada wajah.

Rekaan tudung itu turut disertakan belahan di tengah tudung yang memudahkannya digayakan dengan pelbagai teknik ikatan. Tetapi tanpa sebarang teknik simpulan khusus sekalipun, tudung tetap tampil sopan dan menarik hanya diperagakan bersama kerongsang.

Jika berkenan dengan rekaan tudung digayakan pengacara cantik dan anggun itu, ikuti paparan pemakaian tudung Hamidah dua lapisan untuk ruangan Busana Muslimah kali ini.

Makan Dan Shopping Tudung di Little Scarf Collections

Aktiviti bersama keluarga diteruskan juga, walaupun “partner in crime” sedang bercuti bersama keluarganya. Maka tiadalah aktiviti menembak pada minggu lepas.

Dapat jemputan secara ad-hoc oleh pemilik Kedai Kak Siti, pada petang Ahad. Tak tanya banyak terus sahaja bersetuju. Kalau orang ajak makan, memang aku tidak akan tolak.

Agak lewat sampai ke sana, sebab tempat parking tu banyak penuh mengalahkan KLCC. Aku ambil hampir 20 minit untuk pusing mencari petak kosong. Mesej berdenting-denting masuk, tetapi nak jawab, line kekadang sangkut. Minta maaf banyak kepada tuan rumah.

Sesampai saja di tempat yang telah dijanjikan, blogger ini sedang menunggu dengan sabar. Maaf lah yer kawan-kawan, orang dekat sampai lambat. :).Sampai jer di Seoul Garden kami terus makan tanpa membuang sebarang masa lagi. Kali ni steamboat Korean Style telah dijamukan kepada kami anak beranak. Tuan rumah nak bersedekah sempena anak teruna buat umrah agak nya..wallahualam………….

Seperti biasa kalau tak kongsi kemeriahan tak sah rasanya. Ada beberapa keping gambar telah diambil masa makan hari tu…jom layan……..



Selepas makan kami dipelawa pergi ke rumah Kak Siti, seperti biasa wanita dan tudung memang tak boleh dipisahkan. Bapak-bapak layan jer lah………………..

 Pilih jangan tak pilih, balik rumah claimed dengan abang masing-masing.

Selesai pilih memilih, Kak Siti bagi lagi diskaun dan free tudung untuk anak-anak. Pemurah sungguh tuan rumah.Semoga Allah tambah lagi rezeki hendaknya amin…………….

Kalau ada sesiapa nak borong atau yang nak berniaga tudung, jangan segan-segan pergi kat Kedai Kak Siti kat facebook atau boleh hubungi beliau pada nombor yang tertera di facebook page. Nak datang kedai kena call dulu, takut tokey tak ada rumah.

Last but not least…terima kasih banyak-banyak yer kepada Owner Kedai Kak Siti. Aku memang kagum dengan kedai tudung Kak Siti dengan semua tudung merupakan jahitan sendiri.  Moga bisnes tudung tuan rumah makin maju. Jika anda berada di kedai tu, akan anda menyaksikan banyak tudung-tudung tersusun tu.

Tuesday, December 17, 2019

Kisah Cinta Seorang Isteri Kepada Suami

Saya sedang bercuti. Kesempatan ini saya untuk meluangkan sedikit masa untuk menonton siaran Njoi. Sedang asyik pilih siaran yang memangnya terhad,saya tertarik untuk menonton siaran TV. Ada filem klasik cina bertajuk ‘Love With Perfect Stranger’ telah menghipnosiskan saya untuk terus melekat depan TV.

Menonton siaran TV tanpa sari kata Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris memang payah juga nak faham. Lebih-lebih lagi siaran berbahasa Mandarin atau Kantonis ataupun Hokkien,saya tak pasti. Belasah sahaja sampai habis. Jika ditanya faham ke tidak,saya hanya mampu kata faham  50 peratus jalan ceritanya.

Siapa nama hero atau heroin pun saya tak tau!Yang pasti si hero kacak orangnya manakala si heroin cantik sangat-sangat. saya tak nafikan bahawa saya cuma tahu jalan cerita bahawa ada sepasang kekasih yang bercinta kemudian berkahwin. Namun niat berkahwin mereka berdua ditentang keluarga. Akhirnya pasangan ini ambil keputusan kurang bijak untuk kahwin tanpa restu keluarga.

Amaran. Kisah ini cuma dalam filem. Dalam kehidupan sebenar jangan sekali kali buat. Nak buat juga saya akan hipnosiskan kalian supaya sedar bahawa langit itu tinggi dan lautan itu dalam. Ala. . gurau sahaja bah!

Konflik bermula ketika pasangan ini sudah berumahtangga. Si suami bekerja sebagai pegawai pemasaran manakala si isteri suri rumahtangga. Pada mulanya hidup bahagia. Biasalah orang baharu kahwin. Siapa yang dah ada kekasih dan ada kerja yang boleh menyara anak orang,jomlah kahwin. Jangan tunggu lama-lama nanti bertambah pula dosa.

Ketika si isteri sudah mengandung ada seorang kekasih lama isterinya datang kembali dalam hidup mereka. Pada ketika itu si isteri sudah seperti ada dilema. Nak terima kekasih lama atau kekal mencintai suami yang telah memboyotkan perutnya. Mak oii. . kasarnya bahasa saya.

Kekasih lamanya mula ambil ambil berat dan berjumpa si isteri yang tengah sarat mengandung. Apa reaksi si suami kalau bukan stress dan cemburu sangat-sangat. Atas alasan tertekan si suami minum air kencing syaitan. Biasalah orang yang tak beriman. Stress sahaja pergi mabuk-mabuk. Kalau mabuk laut tak pelah. Ya la kan.

Si isteri membawa diri. Si suami kemurungan. Kedua-duanya telah diuji dengan konflik rumahtangga. Formula penyelesaian cuma satu. Tak lain dan tak bukan kalau azimat cinta. Si isteri mesti cintakan suami dan si suami pula mesti ada  rasa cinta buat isteri. Hanya perasaan ini sahaja boleh menyelamatkan rumahtangga yang bergolak. Bukan dalam filem sahaja. Dalam situasi sebenar juga begitu.

Kemuncak konfik rumahtangga mereka mula terlerai. Maaf bukan bercerai berai. Si isteri yang cantik jelita selamat melahirkan anak yang comel sangat-sangat. Ketika di hosptial kekasih lama dan si suami cuba merebut cinta seorang wanita yang menjadi heroin dalam cerita ini. Masing-masing cuba memberitahu pihak hospital siapa ayah kepada bayi comel yang baru lahir tersebut.

Nampaknya si isteri ada kuasa pilihan. Dia boleh memutuskan siapa ayah kepada bayi itu kerana ikatan perkahwinan mereka ini belum disahkan. Mungkin kalian belum faham bahawa ada budaya cina mesti ada anak dulu baru dapat kahwin secara sah. saya tak pasti sejauh mana kebenaran budaya ini.

Akhirnya si isteri memang memilih suami berbanding kekasih lama adalah ayah genetik kepada bayi tersebut. Kekasih lama mengundur diri dan meminta maaf kepada si hero. Habis cerita.

Kesimpulan

Jika kalian tak faham apa yang saya ceritakan ini,minta maaflah ye. Filem tersebut saya tonton habis tanpa bantuan sari kata. saya mentafsir dengan bahasa badan dan logik akal berdasarkan kehidupan sebenar.

Moral of story dalam cerita ini senang sahaja,Si isteri mesti mencintai suami dan begitulah sebaliknya. Jika sukatan cinta berkurangan tambahkan dengan perhatian,doa,usaha dan menilai kembali nilai kasih sayang berpandukan ajaran Islam. Ingat hanya keluarga bahagia memberi sakinah kepada suami dan isteri serta anak-anak.

Monday, December 2, 2019

Tentang Penderaan Bayi

Kes penderaan bayi merupakan satu penyakit masyarakat yang kian meningkat di negara kita. Bayi merupakan satu kurniaan dan hadiah yang paling berharga oleh Tuhan.



Namun, masih terdapat manusia yang tidak tahu menghargai pemberian Yang Maha Esa dengan melakukan kezaliman ke atas bayi. Bayi akan didera dengan pelbagai cara seperti dipukul, dibakar dengan puting rokok, ditendang dan sebagainya.

Faktor-faktor Yang Mendorong Kepada Penderaan Bayi


Masalah Kewangan

Kes penderaan bayi di rumah sering kali dikaitkan dengan masalah kewangan ibu bapa. Tekanan ekonomi yang dialami oleh ibu bapa menyebabkan mereka hilang kewarasan dan menjadikan bayi mereka sebagai sasaran untuk melepaskan tekanan.

Masalah Keluarga

Keluarga yang mengalami pepecahan perkahwinan seperti penceraian akan menyebabkan ibu atau bapa mengalami tekanan jiwa. Tambahan pula dengan bayi yang masih kecil dan buat bising akan menyebabkan mereka kehilangan kawalan emosi lalu mendera anaknya.

Tekanan Kerja

Ibu bapa yang bekerja mungkin mengalami tekanan di tempat kerja. Selepas habis kerja dan sampai rumah, anak yang sering membuat bising akan menyebabkan mereka sangat resah dan gelisah.

Tabiat Hidup

Statistik menunjukkan bahawa kes penderaan bayi biasanya berlaku di keluarga di mana ibu bapa mempunyai tabiat buruk. Antaranya ialah sentiasa mabuk, berjudi dan menghisap dadah.

Bagaimana Untuk Mengurangkan Kes Penderaan Bayi



1. Penguat kuasaan Undang-undang

Undang-undang yang sedia ada harus diperketatkan di mana tertuduh yang didapati melakukan penderaan bayi dikenakan hukuman yang lebih berat seperti disebat dan penjara seumur hidup.

2. Kaunseling dan Seminar

Pasangan baru yang ingin berkahwin harus diwajibkan untuk menghadiri kelas kaunseling. Di kelas ini, mereka akan diajar bagaimana untuk mendirikan rumah tangga serta menjaga anak.

3. Perancangan Keluarga

Ibu bapa harus menjalankan perancangan keluarga. Mereka harus merancang berapa anak yang ingin dilahirkan dengan mengambil kira kedudukan kewangan.

Berikut merupakan video klip lagu memesan kita agar tidak melakukan penderaan bayi. Sila hayati lirik lagu-lagu berikut.



Sekiranya penderaan bayi ini adalah sangat teruk dan berlanjutan sekian lama, ada kemungkinan bahawa selepas bayi itu menjadi dewasa, dia akan menjadi seorang pendera terhadap mangsa lain juga. Dia mungkin berfikir bahawa mendera kanak-kanak secara fizikal, emosi dan melalui percakapan adalah perkara biasa.

Campur tangan pada peringkat awal adalah sangat penting sebab ia dapat membantu anak itu sembuh dari cobaannya. Jika kanak-kanak itu kenal dengan anda, jangan teragak-agak untuk mendapatkan bantuan pihak berkuasa yang sepatutnya agar dia dapat diselamatkan daripada penderita yang menderanya.

Jika ada apa-apa penderaan yang ada anda jumpai, boleh cuba untuk hubungi UNICEF Malaysia untuk mendapatkan bantuan dengan segera supaya keadaan dapat dikawal tanpa jadi lebih serius lagi.