Sunday, September 22, 2019

SEO Lebih Baik Dari Blogwalk Kalau Nak Trafik Tinggi

Ini cuma pandangan peribadi berasaskan pengalaman yg tak lah berapa lama pun blogging. Pernahkan orang kasi tips, kalau nak tingkatkan trafik, kene la rajin blog walking, tinggal kan komen dan letak link entry menarik yg anda pernah buat di blog anda?

Memang betul, tapi tak begitu significant la in term of generating trafik. Kadang2 owner blog tu datang sekali kalau tak best pada pendapat dia, ni way he'll come back. What worse dia klik langusng pun pada blog tu.

To me blogwalking dan tinggalkan komen ni adalah bagus utk blog yg kita suka utk jalinan ikatan persahabatan blogger yang berkongsi perkara yg disukai. Mcm blogger contoh masak memasak mahupun blog kewangan dan pelaburan. Utk trafik, rasanya kurang berhasil. Penat sahaja yg lebih.

Abis tu macam mana yg lebih baik daripada blogwalking kalau nak trafik tinggi?

Dari pengalaman, tak lain keyword carian google yang sampai ke blog anda, term yang mudah adalah SEO. Dengan cara ini, kebarang kalian pengguna internet yg berbilion ini akan sampai ke bloh anda adalah lebih tinggi berdasarkan keyword tajuk dan kandungan entry anda, bukan hanya pada hari entry tu terbit, sebaliknya setiap hari.

In fact kalau tak hasilkan entry pada hari tu pun, SEO  masih boleh sumbang sehingga 1/2 trafik keseluruhan.

Saya sendiri terkesan dgn penggunaan keyword yang pelbagai dalam entry saya. Mmg half trafik yg sampai ke blog ni adala melalui keyword. Selebihnya melalui referer dan pembaca setia.Conthonya statistik keyword blog ni. Actually ada about 300+ keyword sehari yg smpi ke blog ni. yg saya tunjukkan disini adalah mukasurat pertama ke blog ni.


Main seo memang best sebab trafik blog yang masuk banyak adalah dari enjin carian. Tidak perlu blogwalking sangat. Tapi nak main seo pun biarlah berhemah. Tidak perlu nak kejar trafik sangat sampai semua berita buat masuk dalam blog.

Teknik penggunaan keyword untuk seo ni adalah dengan meletakkan keyword yang ada orang cari. Jadi letak keyword tu dalam title, content blog kita.

Sebagai contoh : saps ibu bapa, keyword ni jadi hot masa musim peperiksaan. Jadi untuk kita mencuri perhatian orang lain yang mencari keyword ni kita pun buat la satu post pasal saps ibu bapa.

Jadi pada title kita kena letak keyword saps ibu bap, pada content pun kita letak keyword ini juga. Tapi jangan banyak sangat ulang. Sebab bila banyak sangat ulang google akan nampak macam tak natural posting kita tu. Nanti google akan flag sebagai keyword spamming.

Biasanya dalam 1% dari jumlah perkataan posting. Contohnya kalau posting kita ada 500 patah perkataan kita boleh sebut perkataan yg sama tak lebih dari 5 kali. Tetapi ini bukan lagi penentu blog kita akan dapat 1st page dekat google. Ia kena tengok pula kepada persaingan. Kalau banyak persaingan lagi susah dan silap-silap blog kita tenggelam orang tak jumpa.

Jadi macam itulah lebih kurang sikit-sikit pasal nak dapat trafik dari teknik seo ni. Kalau nak cerita kat sini tak habis nanti.

No comments:

Post a Comment