Monday, September 23, 2019

Brotherhood Penunggang Motosikal

Penunggang motosikal ni ada brotherhood yang tersendiri. Sikap saling tolong menolong dan bantu membantu di antara penunggang motosikal, walau tak kenal atau berlainan bangsa atau agama, brotherhood itu memang ketara. Terdapat satu yang saya listkan berberapa contoh yang saya nampak selaku pemilik superbike 100cc.



Accident

Kalau ada berlaku accident, akan ada mat motor yang:

- berhenti untuk tengokkan mangsa, tolong dan bagi rawatan dan apa-apa yang diperlukan.

- tolong jaga trafik, siap letak moto melintang supaya kenderaan yang lalu tak kacau tempat kemalangan.

- kalau ada melibatkan kereta, sah-sah mat moto pergi marah-marah pemandu kereta tu.

- kalau kereta tu lari, ada mat motor yang pergi kejar kereta tu dan kalau tak sempat, pasti mereka akan ambil nombor plate kereta itu.

Moto ada problem

Biasa kalau tersadai di tepi jalan, akan ada moto yang berhenti bertanya apa problem. Kalau minyak habis, mmg boleh tolong belikan. Kalau pancit, boleh share nombor telefon perkhidmatan tayar pancit.


Perkara yang penunggang tak sedar


1) tongkat tak diangkat
2) nombor plat tak ada, atau hampir jatuh
3) tayar lembik yang perlu ditambah angin
4) bag galas yang zipnya terbuka

Angin dekat kereta yang tukar lorong tak bagi signal

Kalau penunggang depan hon dekat kereta, 2-3 moto dekat belakang akan turut hon, tanda sokongan. Sama juga kalau penunggung tu angkat tangan bagi isyarat 'aparaaa'


Semasa memandu kereta, saya akan sentisa pandang tepi dan belakang bila nak tukar lorong demi semangat brotherhood superbike 100cc. Hidup brotherhood superbike 100cc.

Mat motor ramai lagi yang ok. Yang kurang ok tu mungkin merupakan yang baring gaya spiderman dekat dataran malam minggu. Kalau mereka terbalik masa corner baring, kita pun cuak nak bantu kan?

Ada juga mat moto kadang-kadang park motor di tepi jalan untuk tunggu member. Tetapi mesti tak kurang dari 3 orang akan berhenti untuk tanya ada masalah ke atau tidak. Ada yang siap offer nak tolak motor juga.


Aku sokong penunggang motor ni ada 'brotherhood'

Tapi penunggang motor, tak boleh salahkan kenderaan lain. Motor pun main tukar-tukar lane tanpa nyalakan lampu signal. Ada yang suka potong pancung plak tuh. Pengguna kenderaan yang lain sanggup tekan brake sebab nak bagi laluan kepada motor yang selit sana sini. Lepas selit, langgar kereta orang sampai calar, tau plak nak pecut lari. Minta maaf pun tak ada.

Harap-harapnya semangat bantu membantu ni akan berkekalan dan akan menjadi contoh kepada pengguna lain. Cuma pada pendapat saya kesedaran menggunakan lampu isyarat perlu diberikan kesedaran lagi. Ini kepada semua pengguna.

1 comment:

  1. Merit Casino and Gaming | CA | Choegocasino
    Find out more about Merit Casino and Gaming 메리트카지노 with online casino betway login info and get an amazing welcome bonus. Book now at Choegocasino. planet win 365

    ReplyDelete