Thursday, September 26, 2019

Merancang Untuk Miskin : SPECIAL Dedication

Saya namakan 'merancang untuk miskin' sebagai kesudahan mereka yang tidak merancang dalam kehidupan umumnya dan dalam kewangan khusus.

Mendengar quote 'Fail to Plan is Plan to Fail. Untuk sepanjang hidup yang saya lalui ini, memang betul, kalau gagal merancang bermakna kita merancang untuk gagal. Jadi, saya mengajak pembaca untuk memikirkan perancangan dam Azam untuk setiap tahun dan seterusnya menyatakannya dalam bentuk tulisan.

Bila kita dah tahu apa yang kita Azam kan, barulah kita boleh rangka apa yang kita perlu lakukan untuk mencapai Azam kita.

Kita perlu ada 'plan' untuk mencapainya, sebagai contoh kalau kita nak memanggil contractor untuk membuat rumah, tapi kita tidak ada plan rumah untuk contracor tu buat. Same goes to our desire untuk kaya, cakap sahaja nak kaya, tapi tak ada perancangan macam mana nak kaya.

Senang cerita, kita kena ada:
1)Azam
2) Cara/ Plan utk Mencapai Azam kita tu

Banyak juga orang yang berazam untuk membeli rumah sendiri dan behenti daripada menyewa. Syabas dan tahniah atas azam itu. Perancangan cara untuk membeli rumahtu sendiri juga penting.



Antaranya:
1) Berapa RM perlu kumpul untuk beli rumah. Macam mana nak kumpul duit, berapa banyak perlu simpan utk setiap bulan
2) Berapa range harga rumah agar bayaran bulanan tidak menjejaskan/ menghimpit perbelanjaan lain
3) Lokasi yang hendak dipilih
4) Dimana hendak mencari rumah (internet/ newspaper), adakah hendak beli Under Construction, Auction, Subsale
5) Harga pasaran, bagaimana  hendak menyemak harga pasaran
6) Negotiation skill untuk mendapatkan harga terbaik (kalau beli via subsale)

Oleh itu, memang 2 element tu penting : the 'goal' and the 'plan'. Dengan ini saya ucapkan selamat berusaha untuk mencapai apa yang di Azam kan untuk anda.

Jom sama-sama doakan agar azam-azam semua orang dan azam saya sendiri tercapai. Moga ada lagi Rezeki yang baik untuk saya juga.

Saya rasa adalah amalan yang baik kalau kita membuat monthly review untuk setiap azam/target yang telah kita tetapkan di awal tahun

Dengan ini ia boleh bantu kita membuat "adjustment" dan "alignment" supaya azam/target kita tu tercapai di akhir tahun nanti atau sekurang-kurangnya tak adalah tersasar jauh sangat.

Orang Kaya Tak Makan KFC

Entry ini bercerita tentang believe system saya sewaktu kecil dan bagai mana ia boleh berubah. Sewaktu kecil saya memang tidak berada, macam kisah dapat minum milo masa raya dan time lori milo datang. Untuk ayam pun sama. Buat yang hidup pada zaman 90an, harus diingatkan zaman pertengahan 80an ikan adalah lebih murah daripada ayam.

Waktu tu sedangkan makan ayam pun susah inikan pula nak makan Ayam Goreng Kentucky. Seingat saya kali pertama makan KFC yang banyak (2 ketul set) adalah sewaktu saya belajar di tingkatan 1, di Asrama.

Waktu itu ada function hari anugerah dan semua orang dapat makan ayam KFC. Sebelum tu mungkin pernah tapi saya sudah lupa dan yang pasti ia bukanlah seketul, mungkin secebis sahaja, itupun pemberian daripada orang lain.








Jadi timbullah kepercayaan yang orang kaya makan KFC. Mereka yang kaya saja yang boleh makan KFC hari hari. Soon, bila saya menjadi dewasa, saya tahu apa yang saya faham adalah salah. Saya sendiri tak perlu kaya untuk makan KFC, Even dengan situasi kewangan saya membolehkan saya makan KFC setiap hari pun, saya sudah 1 bulan tak makan KFC.

Habis tu, orang kaya makan apa?

Soalan ni susah nak jawab tapi yang pasti mereka yang ada duit tak makan KFC sangat pun. Kadang orang kaya ni bukan spend sangat untuk makan kerana mereka lebih fokus untuk generate more income (re invest what they have) so budget untuk makan tu ciput.

Ada yang sudah guna duit mereka to buy other expensive thing like travel or flashy ride, so allocation utk makan tak ada.

Ni normally happen to those yang allocate lebih untuk budget makan Hasil dari kekayaan mereka: They opt for someting more expensive like TGI Friday, Kenny Rogers, Carls Jonior, a buffet at the hotel and eat at medan ikan bakar.

I suka makan ikan bakar juga. Minggu lepas merasa pergi Bagan Lalang, considering the distance dan cost untuk travel dan cost of the seafood, memang kalau saya mungkin setahun sekali saja laa.

I know a few friend yang selalu (once every two month) selalu pergi makan ikan bakar. Apapun, duit masing-masing, once dah ada duit tu, mesti nak makan yang mahal lagi unik dan of course KFC tu biasa saja and it's not something to look forward to macam zaman saya kecil sekolah rendah dulu.

p/s: memang la orang kaya tak makan KFC: Kucing Frog Cicak. Chittt, orang miskin pun tak makan.

Tuesday, September 24, 2019

Increase your Financial IQ by Robert Kiyosaki

A while ago, saya story yang saya beli buku Increase your financial IQ yang ditulis oleh robert kiyosaki. So dah 3 hari lepas baru habis baca buku ni. Here comes the review.

grimace (watak mcD) pun nak purple macam buku ni

 
Dalam buku ni ada cerita tentang 5 financial intelligent yg perlu ada untuk kaya, kekal kaya dan semakin kaya

1) Financial IQ 1- Making More Money : Tahu bagaimana nak buat duit. so lagi banyak boleh buat, lagi tinggi iq ni

2) Financial IQ 2 - Protecting Your Money : Tahu nak protect duit yg telah buat. so katakan buat 100k, tapi tax kene smpi 50k, berbanding kene tax 20k jer, so yg kene tax 20k tu lebih bijak iq utk protect his money

3) Financial IQ 3 - Budgeting Your Money : Pandai buat budget. Contohnya kalau dpt 50k, berapa byk yg dilaburkan, kalau lebih means, his iq on budgeting is better

4) Financial IQ 4 - Leveraging Your Money : Lebih kepada return on investment, example dari 5k tu berapa % boleh dpt balik/ buat untung

5) Financial IQ 5  - Improving Your Financial Information : Kene tahu informasi yg bekaitan dgn business atau pelburan yg  dibuat. Mcm contoh nak invest dlm stock market, kt kene ada info tentang company yg kita nka beli saham nya. Pengetahuan penting tentang perubahan trend dan sebagainya

Bab seterusnya bercerita tentang 'integrity' bagi ke lima-lima IQ ini penting agar kekayaan dpt kekal dan terus bertambah

No doubt it's a good book dengan ulasan mengenai situasi ekonomi us pada tahun 2008 dan 2009. But still more love the Rich Dad Poor Dad

Recommend to read but not necessary to buy.

p/s: I am a fan of Robert Kiyosaki, baru ada 5 collection buku dia. My asben lak fan of pie2020. Dia ada 6 biji umah dah so far..Insya allah follow the path yg guided dlm buku Robert and org yg berjaya, kiter pun boleh create wealth di usia muda.

How Robert Kiyosaki Become Rich


I've read 3 books written by Robert Kiyosaki. Salah satu misi saya adalah untuk menjawab soalan  'How Robert Kiyosaki Become Rich', iaitu bagaimana Robert Kiyosaki ini menjadi kaya, dia kaya dengan apa. Setelah membaca 3 buku ini, saya telah buat kesimpulan sendiri (sebab dia tak cerita secara direct bagaimana dia boleh kaya)

1) Ada panduan daripada orang berjaya - Macam dalam yg diceritakan dalam buku iaitu Rich Dad byk ajar RK tentang apa yang perlu untuk menjadi kaya.



2) Ketetapan hati untuk menjadi Orang yang kaya - Bahasa yang paling sesuai adalah 'determination' utk menjadi kaya. Setakat seronok tengok orang jadi kaya sahaja tak akan kemana

3) Kesanggupan untuk belajar - Tak kira melalui buku, kelas, seminar atau personal coaching, RK memang menghargai ilmu dan pengetahuan sebagai element penting untuk menjadi kaya. Pada masa yang sama pembelajaran dari pengalaman kegagalan juga merupakan faktor penting untuk berjaya

4) Kaya dengan Business aka entrepreneur - Dalam bukunya dia ada menton yang dai buat business Surfers Wallet. Business lain tidak diceritakan, yg pasti dia set up a business once dah berjaya dgn business tu, dia jual dan making lots of money.

Lagi satu the Rich Dad company itu sendiri: Dia take advantage desire people to become rich to sell product, from books, cashflow game, seminar, talk, franchise and personal coaching. In fact business financial education laa kot business utama dia.

5) Kaya dengan Real estate - Obviously dalam buku yang dia tulis, dia ada hak milik beribu-ribu buah property. Whenever his business or paper asset make money, he will channel it to buy property. Of course he take tax advantage when invest in real estate.

6) Invest in gold, silver, stock market with knowledge and with advice from credible broker

Konspirasi Malapetaka

Satu lagi ulasan buku yang bertajuk Doomsday Conspiracy yang merupakan novel fiction laris jual di seluruh dunia. Buku novel ini ditulis oleh penulis nama Sidney Sheldon.

Rasa macam sangat best saja tajuk bila dimelayukan oleh dewan bahasa. Buku ni merupakan sebuah buku fiksyen jadi  tak adalah pasal duit ke pelaburan.

Rasa macam best untuk berkongsi kisah berkenaan buku ni sebab buku ini yang merupakan novel english pertama yang mula aku baca. Dengan beli buku ini, ia merupakan kali pertama untuk saya mengenali penulis novel dari negara barat yang hebat, iaitu Sidney Sheldon.


Baca Novel Yang Tebal

Masih ingat lagi macam mana boleh baca novel setebal ni. Buku ini sebenarnya bukan saya yang beli, tetapi buku ini adalah adik saya punya dan saya pinjam untuk baca daripadanya.

Saya pinjam buku ini untuk membacanya bila saya ada masa lapang di mana bila saya mempunyai musim cuti yang panjang.

Saya baca buku ini dengan minda yang buka sebab memang sebelum ni saya tak pernah explore sebarang novel english pun.

Bila saya mula membaca buku ini, saya rasa memang macam blur-blur juga sebab ada banyak perkataan yang saya tak faham dan style penulisan yang tak straight juga. Tapi determine untuk habiskan membaca sebuah novel daripada saya, maka saya paksa juga untuk habis baca novel ini.

Bila sudah masuk 4 bab, baru saya mula untuk faham the direction cerita dalam novel ni. The rest is history, berjaya habiskan membaca buku ni, dan saya rasa amat berpuas hati.

Tambahan lagi, saya explore lagi all the book written by Sidney Sheldon. Just to share, I've read all the 17 Novels written by him, from 'Naked Face' until 'Are You Afraid of The Dark'.

Such a good storyteller, everyone should read his masterpiece, memang evergreen. Sekarang pakcik Sheldon dah tiada, tapi novelnya terus menjadi bacaan hingga kini.

I have to say 'Nothing Last Forever' is one of the best, Memories of 'Midnight pun best', 'Best Laid Plan' pun best juga.

Have your read Sidney Sheldon? what's your story and what's your favourite?

Seperti yang ditulis di atas, buku Sidney Sheldon yang pertama saya baca adalah Doomsday Conspiracy. Bermula dari situ semua buku dia sudah saya baca.

Sebenarnya ada yang sudah saya terbaca 2 kali sebab dia sudah tak ada untuk keluarkan novel baru. Tapi tak ingat la pula tajuk novel dia tu. Sekarang ni tengah beralih minat pada Shopie Kinsella.


p/s: ada Sidney Sheldon tulis novel pasal property, tahu tak tajuknya apa.
p/s/s: ada novel Sidney Sheldon yang mention our country Malaysia, cant remember which title.

Monday, September 23, 2019

Bayi Ada Banyak Taik Mata

Lagi kongsi pasal jaga baby, sebenar ia berlaku pada anak saya. Sejak anak saya ini lahir, dia ada taik mata yang agak banyak dan berterusan. Selang 3-4 jam boleh dah nampak taik mata mengering pada hujung mata, kemudian setelah dicuci dengan kapas basah, 3-4 jam lepas tu akan terkumpul balik. Sakit apa sebenarnya? Atas nasihat jururawat masyarakat, kami bawa dia ke klinik pakar mata untuk check up.


Doctor ambil sample taik mata, on the next 7 days dapat result dan doctor kata ada bacteria, so doctor bagi ubat sapu dan ubat titik.

Pada masa yang sama, saya ada tanya kawan-kawan saya yang ada symtom yang sama, ada yang kata kilang airmata yang belum fully develop lagi.

Konsisten bagi ubat mata yang doktor pakar mata beri tapi tiada nampak perubahan. Doktor bagi ubat yang lebih kuat which name is Vigamox. Bagi secara konsistent juga, nampak kurang sedikit. Kemudian minta refer ke HUKM di Kuala Lumpur sebab nak bawa balik anak saya ke Kuala Lumpur.

Di BMC, saya bawa anak saya pergi Klinik Kita dan Cheras perdana, Doktor cakap dengan penuh yakin, yang puncanya ialah kilang airmata bayi ni belum terbuka sepenuhnya. Doktor explain lagi, sehingga 6 bulan nanti, baru akan terbuka sepenuhnya barulah taik mata tu akan hilang. Sebab tu biarpun letak antibiotik pun dia still akan keluar. In fact ramai juga baby hadapi masalah ni.

Refer later dari Hospital Ipoh saya bawa ke HUKM. Doktor buat pemeriksaan yg menyeluruh dan beritahu yang mata baby tiada masalah, doktor di HUKM juga setuju dengan pendapat doktor di Klinik kita. Doktor HUKM cuma beritahu untuk cuci mata baby bila byk taik mata, kemudian kalau mata merah dan baby meragam barulah bawak ke hospital.

So, sekarang ni memang tunggu dan sabar jer la sampai 6 bulan. Ada jiran yang datang melawat anak saya, berkongsi yang anaknya sampai 2 tahun 1/2 baru hilang taik mata tu. Berdasarkan apa yang dilalui dan didengari, barulah rasa tenang sikit. Takut jugak apa-apa masalah pada mata anak tu.

Sekian, harap dapat perkongsian in berguna terutamanya mereka yang turut alami masalah yang sama yang membuat carian di internet. Apapun seeing the doctor is a must, mana tahu masalah taik mata tu ada masalah/ sakit lain

p/s: must read the useful sharing by anonymous reader below:

"Masalah ni agak common. 2 of my kids had this problem from the day they were born and only went away completely when they were 2 years old. Mat salleh panggil sticky eyes. Puncanya mcm kata doktor tiny eye ducts that could get blocked easily. Lagi teruk bila diorg selsema - bertempek2 taik mata sampai kadang2 tak boleh bukak mata dibuatnya.

Infection of the eye selalunya mata jadi merah. Sticky eyes, mata tak merah tp byk taik mata jer. Lap mata baby dgn kapas @ kain lembap. Make sure guna air masak yg dah sejuk (jgn pakai air paip sbb byk kuman takut satgi jadi infection pulak). Selalulah urut tepi mata dari pangkal hidung ke bwh. Repeat selalu dgn tangan yg dah dibasuh bersih. Insya Allah makin besar makin ok baby you. Tapi kalau dah masuk setahun & takde perubahan, doktor mungkin suggest buat operation utk besarkan eye ducts but this rarely happens."

Brotherhood Penunggang Motosikal

Penunggang motosikal ni ada brotherhood yang tersendiri. Sikap saling tolong menolong dan bantu membantu di antara penunggang motosikal, walau tak kenal atau berlainan bangsa atau agama, brotherhood itu memang ketara. Terdapat satu yang saya listkan berberapa contoh yang saya nampak selaku pemilik superbike 100cc.



Accident

Kalau ada berlaku accident, akan ada mat motor yang:

- berhenti untuk tengokkan mangsa, tolong dan bagi rawatan dan apa-apa yang diperlukan.

- tolong jaga trafik, siap letak moto melintang supaya kenderaan yang lalu tak kacau tempat kemalangan.

- kalau ada melibatkan kereta, sah-sah mat moto pergi marah-marah pemandu kereta tu.

- kalau kereta tu lari, ada mat motor yang pergi kejar kereta tu dan kalau tak sempat, pasti mereka akan ambil nombor plate kereta itu.

Moto ada problem

Biasa kalau tersadai di tepi jalan, akan ada moto yang berhenti bertanya apa problem. Kalau minyak habis, mmg boleh tolong belikan. Kalau pancit, boleh share nombor telefon perkhidmatan tayar pancit.


Perkara yang penunggang tak sedar


1) tongkat tak diangkat
2) nombor plat tak ada, atau hampir jatuh
3) tayar lembik yang perlu ditambah angin
4) bag galas yang zipnya terbuka

Angin dekat kereta yang tukar lorong tak bagi signal

Kalau penunggang depan hon dekat kereta, 2-3 moto dekat belakang akan turut hon, tanda sokongan. Sama juga kalau penunggung tu angkat tangan bagi isyarat 'aparaaa'


Semasa memandu kereta, saya akan sentisa pandang tepi dan belakang bila nak tukar lorong demi semangat brotherhood superbike 100cc. Hidup brotherhood superbike 100cc.

Mat motor ramai lagi yang ok. Yang kurang ok tu mungkin merupakan yang baring gaya spiderman dekat dataran malam minggu. Kalau mereka terbalik masa corner baring, kita pun cuak nak bantu kan?

Ada juga mat moto kadang-kadang park motor di tepi jalan untuk tunggu member. Tetapi mesti tak kurang dari 3 orang akan berhenti untuk tanya ada masalah ke atau tidak. Ada yang siap offer nak tolak motor juga.


Aku sokong penunggang motor ni ada 'brotherhood'

Tapi penunggang motor, tak boleh salahkan kenderaan lain. Motor pun main tukar-tukar lane tanpa nyalakan lampu signal. Ada yang suka potong pancung plak tuh. Pengguna kenderaan yang lain sanggup tekan brake sebab nak bagi laluan kepada motor yang selit sana sini. Lepas selit, langgar kereta orang sampai calar, tau plak nak pecut lari. Minta maaf pun tak ada.

Harap-harapnya semangat bantu membantu ni akan berkekalan dan akan menjadi contoh kepada pengguna lain. Cuma pada pendapat saya kesedaran menggunakan lampu isyarat perlu diberikan kesedaran lagi. Ini kepada semua pengguna.

Sunday, September 22, 2019

Mata Ganjaran Kad Kredit Tiada Nilai?

Beberapa hari dulu baru saya terima katalog penebusan mata ganjaran kad kredit dari Citibank. Walaupun saya sudah terminate kad kredit Citibank beberapa bulan dulu, tapi disebabkan saya masih ada debit card pada bank ini, maka mungkin inilah sebab saya masih dapat terima katalog yang dikirim dari bank itu.

Saya hanya tersenyum kerana pada saya mata ganjaran kad kredit adalah sangat kecil nilainya sehingga boleh diabaikan.Tahukan kawan-kawan sekalian bahawa bagi setiap nilai RM1 yang kita nilainya setengah sen / 0.5 sen. Lain maksud ialah kita perlu belanja hampir RM 26,000 barulah kita boleh kumpul mata yang cukup untuk tukar 1 blender percuma.




Merujuk contoh diatas, kita perlu berbelanja sehingga RM 25, 500 untuk mendapatkan sebuah pengisar yang boleh dibeli pada harga RM100 (Kalau boleh dapat dari promosi mungkin harga akan lebih murah lagi).

Apa yang saya nak sampaikan?

Sesetengah orang sangat suka untuk mengumpul point, sehingga sanggup berbelanja dengan duit yang banyak untuk kumpul point yang sangat kecil nilainya. Apa yang jadi lebih teruk lagi ialah terdapat di antara mereka yang berbelanja benda yang bukan merupakan benda keperluan mereka.

Dan diakibatkan daripada belanja dengan terlalu banyak dan melebihi bajet yang mereka ada, terdapat juga sesetengah orang yang tidak mampu bayar balik hutang kad kredit mereka pula. Jadi tak perlulah terkejarkan reward pun sebab semua ni bukan berbaloi sangat bagi saya.

Bukan Minat Sangat Bagi Saya

Tak pernah saya belek-belek point sebab rasa macam tak menarik pun tawaran dia. Lagi pun guna kad kredit seminimum yang mungkin. Jadi saya tahu memang susah untuk saya kumpul point yang banyak.

Guna kad kredit tu biarlah berbaloi-baloi dengan bayaran tax RM50 setahun. Saya lebih suka guna Credit Card Direct Access yang beri pulangan rebat tunai 2% shopping di Tesco pada hari Ahad. Pada waktu yang sama dapat juga kupon tunai Tesco setiap 3 bulan. Lagi balance transfernya pun mudah, 0% utk 6 bulan..

Kalau bayar downpayment rumah atau kena guna kredit kad, bolehlah dapat banyak points. Tapi kena pastikan anda terus settle hutang kredit kad tu.


Ada nilai sebenarnya benda sikit tu pun bernilai kumpul lama-lama jadi bukit. Kawan saya punya cara ialah apa-apa pembelian mesti dia guna royalti kad sebab diberi percuma kalau suruh bayar yuran ahli.

Apa-apa pun jangan terlampau memburu point sampai tak mampu nak bayar melainkan anda sudah terlampau kaya sangat dan tak tahu duit nak campak ke mana.


Nasihat Yang Diberikan

Guna kad kredit dengan bijak. Kalau guna personal, memang nak kumpul point terlalu lama. Takkan la nak shopping semata-mata untuk kumpul mata ganjaran.

Nak shopping sampai RM 25,000 rasa macam banyak melampau. Cuba kita guna kad kredit untuk beli barangan keperluan. contohnya isi minyak, belanja di pasaraya (brg dapur @ keperluan lain), dengan ini mungkin tanpa kesedaran kita tiba-tiba point kita boleh mencapai berpuluh ribu.

Tapi jgn lupa, kita guna kad kredit adalah untuk beli barang keperluan, jadi kena terus bayar kad kredit setiap bulan dan jangan tangguh walau seminggu pun.

Syarikat kad kredit pun bukan bodoh, point yang anda kumpul boleh jadi expired. Jadi kalau kita guna tak banyakk, memang patut tak payah guna la. Kumpul point pun sikit sudah expired.

SEO Lebih Baik Dari Blogwalk Kalau Nak Trafik Tinggi

Ini cuma pandangan peribadi berasaskan pengalaman yg tak lah berapa lama pun blogging. Pernahkan orang kasi tips, kalau nak tingkatkan trafik, kene la rajin blog walking, tinggal kan komen dan letak link entry menarik yg anda pernah buat di blog anda?

Memang betul, tapi tak begitu significant la in term of generating trafik. Kadang2 owner blog tu datang sekali kalau tak best pada pendapat dia, ni way he'll come back. What worse dia klik langusng pun pada blog tu.

To me blogwalking dan tinggalkan komen ni adalah bagus utk blog yg kita suka utk jalinan ikatan persahabatan blogger yang berkongsi perkara yg disukai. Mcm blogger contoh masak memasak mahupun blog kewangan dan pelaburan. Utk trafik, rasanya kurang berhasil. Penat sahaja yg lebih.

Abis tu macam mana yg lebih baik daripada blogwalking kalau nak trafik tinggi?

Dari pengalaman, tak lain keyword carian google yang sampai ke blog anda, term yang mudah adalah SEO. Dengan cara ini, kebarang kalian pengguna internet yg berbilion ini akan sampai ke bloh anda adalah lebih tinggi berdasarkan keyword tajuk dan kandungan entry anda, bukan hanya pada hari entry tu terbit, sebaliknya setiap hari.

In fact kalau tak hasilkan entry pada hari tu pun, SEO  masih boleh sumbang sehingga 1/2 trafik keseluruhan.

Saya sendiri terkesan dgn penggunaan keyword yang pelbagai dalam entry saya. Mmg half trafik yg sampai ke blog ni adala melalui keyword. Selebihnya melalui referer dan pembaca setia.Conthonya statistik keyword blog ni. Actually ada about 300+ keyword sehari yg smpi ke blog ni. yg saya tunjukkan disini adalah mukasurat pertama ke blog ni.


Main seo memang best sebab trafik blog yang masuk banyak adalah dari enjin carian. Tidak perlu blogwalking sangat. Tapi nak main seo pun biarlah berhemah. Tidak perlu nak kejar trafik sangat sampai semua berita buat masuk dalam blog.

Teknik penggunaan keyword untuk seo ni adalah dengan meletakkan keyword yang ada orang cari. Jadi letak keyword tu dalam title, content blog kita.

Sebagai contoh : saps ibu bapa, keyword ni jadi hot masa musim peperiksaan. Jadi untuk kita mencuri perhatian orang lain yang mencari keyword ni kita pun buat la satu post pasal saps ibu bapa.

Jadi pada title kita kena letak keyword saps ibu bap, pada content pun kita letak keyword ini juga. Tapi jangan banyak sangat ulang. Sebab bila banyak sangat ulang google akan nampak macam tak natural posting kita tu. Nanti google akan flag sebagai keyword spamming.

Biasanya dalam 1% dari jumlah perkataan posting. Contohnya kalau posting kita ada 500 patah perkataan kita boleh sebut perkataan yg sama tak lebih dari 5 kali. Tetapi ini bukan lagi penentu blog kita akan dapat 1st page dekat google. Ia kena tengok pula kepada persaingan. Kalau banyak persaingan lagi susah dan silap-silap blog kita tenggelam orang tak jumpa.

Jadi macam itulah lebih kurang sikit-sikit pasal nak dapat trafik dari teknik seo ni. Kalau nak cerita kat sini tak habis nanti.

Wednesday, September 18, 2019

Keyword Lucah Benarkah Meninggikan Trafik?

Selalu tak dengar orang cakap, 'Kalau nak trafik tinggi buat website berkenaan artis ataupun selitkan keyword - keyword lucah. Well, dari pengamatan saya, kalau berkenaan artis memang betul, tapi perlu pulak bersaing dengan blog hiburan no.1 which is beautiful nara.com. Pada masa yg sama, kalau nak trafik tinggi, kenelah entry yg berkualiti dan konsisten.

Bercakap tentang keyword lucah pulak. Berikut adalah pendapat saya

Keyword Lucah Adalah Terlarang - Suka atau tidak, kalau saya seorang boleh yg bukan anonymous, rasanya tidak sesuailah pulak nak gunakan keyword lucah, contohnya website matjoe.com tetiba buat entry yang bertajuk lucah. mmg makin dirilah jawabnya. Pastinya ada jugak yang akan hentam dan menasihati anda


Terlarang tapi buat jugak - untuk menghasilkan trafik, biarpun menjadi anonymous dan buat entry melibatkan keyword lucah, pada saya tetap tidak menghasilkan trafik sebabnya keyword2 lucah sebelum ini memang telah lama wujud, jadi kalau anda buat pun, mungkin google search akan berada pada muka surat kebelakang.

Keyword lucah yg menjadi untuk trafik - Kalau mahukan trafik jugak, ambik kesempatan menghasilkan entry diatas keyword lucah semasa. contohya 'Adegan Seks Ustazah Dengan Warden Terlampau'


That will work, credit to darkbatman.com . Kene bijak la peka dgn berita semasa sbb keyword2 begini jarang jugak berlaku

Jangan lupa dalam entry tu jugak selitkan kata2 dakwah yer mana tahu pencari itu akan insaf. Sekian terima kasih. Pendapat anda pulak