Thursday, November 7, 2019

Syukur Sebab Pakai Jam Tangan

Bukan semua orang suka pakai jam tangan. Ada sahaja alasannya. Namun kepada mereka suka pakai jam tangan, saya memang tabik hormat dengan mereka. Orang yang suka pakai jam tangan boleh digambarkan sebagai manusia yang amat mementingkan masa,ada gaya tersendiri dan anggun mempersona.


Jam yang kita pakai tidak semestinya mahal. Kalau mampu guna yang mahal lagi bagus sebab masa itu pun dah sangat mahal kepada orang yang berjaya. Jam yang baik ialah jam yang berkualiti, cantik dan elok dipandang mata.



Saya sendiri guna jam tangan yang murah sahaja. Memang dari zaman sekolah dulu saya gemar guna jam tangan. Macam-macam jam yang ada. Kebanyakkan jam adalah jenis pakai buang. Habis bateri boleh ganti baru baterinya atau jika sudah rosak buang sahaja dalam tong sampah. Biasanya saya tak buang walaupun rosak kerana ada bahagian yang boleh dikitar semula. Contohnya tali maupun bateri.

Sekarang saya amat mengerti mengapa jam tangan itu penting. Jam tangan sangat berguna jika membuat temujannji dengan seseorang. Walaupun ada jam pada telefon pintar ia tidak mampu menggantikan keunggulan jam tangan. Contoh biasa apabila kita dah bosan maka secara automatik kita mengerling atau merenung jam tangan lama-lama.

Saya amat bersyukur kerana ada jam tangan. Jadi saya boleh merancang masa dengan bijak untuk melaksanakan tugasan seharian. Tidak keterlaluan juga orang yang menggunakan jam tangan adalah seseorang yang mempunyai tanda-tanda akan sukses dalam hidup mereka.

Berbalik kepada cerita Cabaran Segmen Sukses 21 Hati maka sesiapa memakai jam tangan tu wajib bersyukur. Sebab kalian dah termasuk orang yang bakal berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Percaya dan yakin bahawa aura sukses itu semakin mendekat.

Perlu saya tekan juga memakai jam tangan bukan kerana fesyen atau cara untuk menunjukkan diri. Sebaliknya memakai jam tangan adalah simbolik kepada perjalanan hidup kita seperti pusingan jam atau detik-betik yang sentiasa bergerak. Apabila tiba masanya jarum jam berhenti  berjalan. Nadi manusia juga begitu.Detik-detik jantung akan berhenti berbuat selama-lamanya juga.

Pandangan saya tentang orang pakai jam adalah luahan pendapat semata-mata. Saya belum lagi buka kilang buat jam dan jika ditakdirkan memang mahu juga jam ada jenama sendiri.

No comments:

Post a Comment