Thursday, November 7, 2019

Pengalaman Solat di Luar Negara

Aceh. tajuk tak boleh bla. Sebenarnya aku suka buat tajuk entry seperti tajuk karangan UPSR sebabnya kata pakar blogger, tajuk seperti ini baik untuk SEO.

Apa yang aku faham sejak bergelumang dengan blog hampir 2 tahun setengah, basically SEO ni seperti keupayaan sesuatu blog untuk muncul first page di carian google bila ada orang taip atau mencari sesuatu. Jadi, keyword sangat memainkan peranan penting dalam penulisan blog. Ini adalah salah satu sebab sahaja, banyak lagi perkara yang perlu buat untuk master dalam SEO ni.

Contohnya, mempunyai domain sendiri, penulisan hendaklah menggunakan bahasa melayu baku, dan etc. Aku sebenarnya nak huraikan satu per satu apa yang aku maksudkan ni, tapi apakan daya masa tidak mengizinkan.

Ok. aku kira pendahuluan yang mantap. Jadi, aku nak direct to the point. Tarik nafas. Pun kena bagitahu ke? Sekarang seperti biasa, aku berada bukan di dalam rumah. Sebab mood aku untuk study atau mentelah bahan-bahan ilmiah hanya akan di activated hanya bila aku keluar dari rumah.

Tak kisahlah berada kat fakulti ke,  library ke, Education Centre (EC) Fakultni Nemocnice(bahasa melayu adalah hospital) atau even pergi mana-mana tempat asalkan bukan dalam rumah. Kalau kat luar rumah, aku kira muka surat mampu lagi dibelek walaupun ianya hanya 1-2 muka surat dalam masa seharian suntuk. Kalau kat rumah, hanya tuhan je tahu bertapa malasnya hambaMu ini.

Jadi, bila mana aku berada di luar rumah. Sudah tentu tempat untuk solat tu menjadi kekangan terbesar kepada aku. Tambah-tambah Czech Republic ni bukan negara Islam, jadi sudah tentu lah tempat ibadat mereka langsung tak sediakan.


Tapi kan, Alhamdulilah. Kat fakulti aku, kiteorang(bukan aku, tapi upper year seniors) minta satu bilik ibadat. Maksudnya untuk semua agama. Tapi, aku rasa bilik tu macam untuk satu agama je sebab setakat ni tak ada lagi aku tengok orang sembahyang guna colok dalam tu.

Kalau nak dibandingkan dengan fakulti perubatan kat olomouc tu, kawan aku kata lecturer dieorang siap bagi warning dalam lecture, lecturer tu kata negara ni negara sekular jadi you are not supposed to follow your religion. Lebih kurang macam tu la. Kan kita tahu yang sekular tu macam pemisahan kehidupan dunia dengan akhirat. Cewah. Power tak aku? lol.

Bagi aku. Sekarang ni setelah nak masuk bulan ke-9 berada di bumi orang ni, aku rasa aku sudah dapat adapt sikit-sikit dengan persekitaran. Kalau kat Malaysia, nak solat tidak pernah menjadi masalah. Jalan 2-3 langkah jumpa masjid jumpa surau. Ok. Part ni aku tipu. Tapi kan, kawan aku cerita kat Turki memang macam tu. Masjid dekat-dekat. Kalau dia tipu aku, aku tipu korang. LOL. Boleh bayangkan tak aku sembahyang celah-celah rak buku, dalam bilik study yang kosong, sembahyang depan aweks Czech LOL. Part ni aku nak highlight.

Ada satu hari yang sepi ni. Aku study kat knihovna(dalam bahasa melayu is perpustakaan). Aku suka study kat hujung sebab nanti nak solat senang, terlindung dari orang ramai. Tak tahu kenapa ada satu hari ni, seorang warga negara Czech, pelajar mungkin, ada kat situ. Dalam hati, aduhai. Macam mana ni. sebabnya kat situ je tempat strategik aku rasa nak solat. Lantak lah. Aku pun solat dengan gembiranya disaksikan oleh orang Czech tu. Rasa macam. >.<

Hari ni, aku solat kat celah-celah rak buku. Sebab tempat aku selalu solat tu, ramai orang tidak terbilang. Jadi aku pun solat lah. Atas lantai yang diyakini bersih. Depan aku rak buku majalah perempuan. Aku harap korang agak-agak sendiri lah gambar ape. Aduhai. Lucu.

Yang ni masa aku study kat medical library. Boleh kata, kalau solat kat sini agak selesa jugalah sebab ada banyak bilik study kosong yang tidak ada orang. Ada satu masa ni, sedang aku tengah solat, tiba-tiba ada orang masuk, dia terkejut macam nampak hantu. Dia pun keluar cepat-cepat, lepas tu selang 5 saat, dia masuk balik untuk confirmkan aku ni bukan jin mahupun hantu. Dalam hati, kau kenapa? Ok. Agak tidak khusyuk di situ.

Kalau ikutkan banyak lagi pengalaman, tapi since aku rasa bunyi jejari yang menaip keyboard ini sahaja yang bergema di udara, better aku stop. Tak pasal-pasal kena marah dengan orang Czech sebab buat bising. website perpustakaan dia. Macam tu lah tulisan Czech.

Syukur Sebab Pakai Jam Tangan

Bukan semua orang suka pakai jam tangan. Ada sahaja alasannya. Namun kepada mereka suka pakai jam tangan, saya memang tabik hormat dengan mereka. Orang yang suka pakai jam tangan boleh digambarkan sebagai manusia yang amat mementingkan masa,ada gaya tersendiri dan anggun mempersona.


Jam yang kita pakai tidak semestinya mahal. Kalau mampu guna yang mahal lagi bagus sebab masa itu pun dah sangat mahal kepada orang yang berjaya. Jam yang baik ialah jam yang berkualiti, cantik dan elok dipandang mata.



Saya sendiri guna jam tangan yang murah sahaja. Memang dari zaman sekolah dulu saya gemar guna jam tangan. Macam-macam jam yang ada. Kebanyakkan jam adalah jenis pakai buang. Habis bateri boleh ganti baru baterinya atau jika sudah rosak buang sahaja dalam tong sampah. Biasanya saya tak buang walaupun rosak kerana ada bahagian yang boleh dikitar semula. Contohnya tali maupun bateri.

Sekarang saya amat mengerti mengapa jam tangan itu penting. Jam tangan sangat berguna jika membuat temujannji dengan seseorang. Walaupun ada jam pada telefon pintar ia tidak mampu menggantikan keunggulan jam tangan. Contoh biasa apabila kita dah bosan maka secara automatik kita mengerling atau merenung jam tangan lama-lama.

Saya amat bersyukur kerana ada jam tangan. Jadi saya boleh merancang masa dengan bijak untuk melaksanakan tugasan seharian. Tidak keterlaluan juga orang yang menggunakan jam tangan adalah seseorang yang mempunyai tanda-tanda akan sukses dalam hidup mereka.

Berbalik kepada cerita Cabaran Segmen Sukses 21 Hati maka sesiapa memakai jam tangan tu wajib bersyukur. Sebab kalian dah termasuk orang yang bakal berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Percaya dan yakin bahawa aura sukses itu semakin mendekat.

Perlu saya tekan juga memakai jam tangan bukan kerana fesyen atau cara untuk menunjukkan diri. Sebaliknya memakai jam tangan adalah simbolik kepada perjalanan hidup kita seperti pusingan jam atau detik-betik yang sentiasa bergerak. Apabila tiba masanya jarum jam berhenti  berjalan. Nadi manusia juga begitu.Detik-detik jantung akan berhenti berbuat selama-lamanya juga.

Pandangan saya tentang orang pakai jam adalah luahan pendapat semata-mata. Saya belum lagi buka kilang buat jam dan jika ditakdirkan memang mahu juga jam ada jenama sendiri.

Wednesday, November 6, 2019

Rahsia Gunting Rambut Untuk Jadi Hensem

Rahsia ini bakal terbongkar. Apa akan terjadi kalau lelaki pergi kedai Gunting Rambut Abg Hensem? Jawapnya mudah. Lelaki tersebut akan menjadi hensem kerana potongan rambut terkini, gaya menawan dan kemasan yang terjamin. Itulah rahsia untuk memastikan rambut lelaki menjadi hensem.

Bagi saya sudah tentu tidak. Saya sudah rasai sendiri ‘hensem’nya selepas gunting rambut di kedai gunting Rambut Abg Hensem. Tukang guntingnya juga hensem. Kalau dia mengerling wanita boleh cairnya jadinya. Nasib baik dia dah berpunya. Minta maaf buat Bro Zul. Beliau ialah pengendali kedai gunting yang menggunakan jenama Abg Hensem Gunting Rambut.


Keserasian saya dengan Bro Zul yakni tukang gunting di kedai tersebut sudah terasa ketika pertama kali saya bertemu. Dia merupakan seorang yang peramah. Bijak untuk berborak dengan pelanggan. Ternyata kemahiran mesra dengan pelanggan boleh mendorong saya menjadi pelanggan setia dengan kedai gunting Abg Hensem. Satu bonus untuk perniagaan mereka.

Sejujurnya saya cerewet dengan hasil kerja tukang gunting. Namun hasil kemahiran tangan menggunting rambut di Abg Hensem Gunting Rambut cukup  kemas, teliti dan yang pasti puas hati. Saya terus mengajak Bro Ishak untuk terjah mereka sebagai aktiviti mingguan bagi kami.

Saya memang akui perkhidmatan yang disediakan oleh Kedai Gunting Rambut Abg Hensem terbaik di Desa Ilmu Kota Samarahan. Tempatnya berhawa dingin dan persekitaran bersih. Ada nombor giliran dan yang unik kita akan rasa hensem kalau bergunting rambut kat situ. Mainan psikologi dan manipulasi minda mengenakan la pulak.

Hasil pertanyaan beberapa soalan maka terjawab juga rahsia gunting rambut untuk menjadi hensem nie. Antaranya ialah kerana Bro Zul sudah menceburi bidang gunting rambut sejak dari berumur 20 tahun lagi. Pengalaman dan kemahirannya sudah diakui dan serta menyakinkan terutama kepada pelanggan yang baru pertama kali. Saya sempat bertanya bagaimana timbulnya minat dalam bidang tersebut.

Bro Zul menjelaskan kepada saya bahawa kerjaya gunting rambut boleh mendatangkan duit yang cepat berbanding bekerja makan gaji di ladang kelapa sawit yang dikatakan berdekatan rumahnya di kampung. Ternyata pemikiran Bro Zul cenderung kepada dunia usahawan.

Saya amat sarankan penduduk Desa Ilmu untuk mencuba hasil sentuhan dan kemahiran menggunting rambut di kedai Abg Hensem Gunting Rambut. Bak kata urang Sarawak.. Kitak hensem…kitak Ohsem. Itulah rahsia untuk menjadi lelaki hensem dengan sentiasa kemas rambutnya. Muka tu kalau boleh mesti manyak senyum juga la. Kalau belum kahwin pasti makwe terpikat dan jika dah kahwin tentulah bini abang-abang bertambah sayang. Jeles pun bertambah tau!

Nama kedai nama Abg Hensem diilhamkan oleh rakan bisnesnya iaitu Haji Amran. Dikhabarkan beliau kurang sihat ketika saya berada di lokasi. Kalau tidak dapat juga kami menuramah beliau. Kini kedai gunting tersebut dikendali oleh dua orang lelaki hensem iaitu Bro Zul dan Bro Firdaus.

Antara cabaran kedai Abg Hensem Gunting Rambut masih belum dikenali ramai. Maklum sahaja baru beroperasi pada bulan Ogos 2016. Saya di sini memberi saranan kepada mereka untuk membuat promosi menggunakan risalah dan diedarkan ke kawasan perumahan berdekatan. Mereka juga memasang banner di merata tempat dalam kawasan peumahan Desa Ilmu. Satu usaha yang bagus.

Saya juga kagum dengan impian Bro Zul untuk membuka satu kedai sendiri di Asajaya. Kelengkapan hampir semua ada dan dalam proses terakhir. Saya berharap impiannya tercapai. Saya cuma mampu membuat promosi dan menulis artikel ini untuk rujukan dari dunia online.