Hari ini saya mula mengorak langkah bergaya namun bersahaja. Saya sedang mengikuti Trip Murum HEP (Projek Hidro Elektrik) di Belaga Sarawak sempena pembukaan rasmi Projek Hidro Elektrik (HEP) pada 27 September 2016.Persediaan untuk menghadiri event terbesar ini sudah bermula semenjak dua minggu yang lepas.saya pergi bersama seorang lagi blogger atas jemputan Sarawak Blogger dan ditaja sepenuhnya oleh penganjur besar iaitu Sarawak Energy Berhad.
Saya memulakan trip ke Murum Belaga dengan bertolak dari kediaman rasmi di Kota Samarahan tepat 10.45 pagi.Kebetulan pula ada abang ipar sudi menghantar ke lapangan terbang Antarabangsa Kuching.
Sampai sahaja di lapangan terbang sudah merasa lapar.Melilau mata nak cari barang makan.Dari rumah tadi tak pula berselera untuk makan.Kebetulan pula perut belum terasa lapar.Tanpa berfikir panjang singgah sahaja di sebuah restoran segera untuk makan sebiji burger dan secawan kopi putih.
Tepat jam 12 tengahari saya baharu nak self check in.Tercari-cari nombor e-tiket dalam telefon.Tak jumpa-jumpa la pulak.Perasaan gelisah sudah menguasai diri.Tanpa berfikir panjang pergi sahaja ke kaunter servis Maswings.Nasib baik mereka tak banyak karenah.Dah selesai baru hari senang dan gembira.
Para pembaca yang belum biasa dengan perjalanan yang menggunakan kapal terbang boleh ambil pengajaran dari kes saya.Lain kali sebelum berangkat ke lapangan terbang sila cetak dulu tiket elekronik.Dah sampai tak mengelabah tak tentu pasal.Sebab sekarang ini banyak menggunakan sistem layan diri sendiri.Teknologi katakan.
Jam 12.30 tengahari baharulah saya berjaya memasuki bilik pelepasan.Tercari-cari pula dengan teman blogger yakni Bro Garner.Puas mencari sebab sebelum ini belum pernah berjumpa.Oh ya rupanya hensem dan tidak seperti yang saya jangkakan dalam minda.Dalam fikiran beliau dianggap kurus seperti saya.Rupanya tidak.
Bila dah berjumpa kami bersembang sakan.Kami bagaikan kawan lama dan tiada unsur-unsur dingin satu sama lain.Boleh dikatakan kamceng.Memang betul la apabila blogger berjumpa.Faham-faham sahaja.Kepala mesti sama punya.
Masa untuk boarding ke kapal terbang jenis Twin Router sudah tiba.saya tak ada mood pula nak selfie.Jadi tiada gambar la jawapnya.Sebelum menjejakkan kaki ke dalam kapal terbang saya banyakkan berselawat untuk keselamatan.Yalah kita tidak tahu apa yang akan berlaku dalam perjalanan tersebut.
Perasaan khuatir untuk berada di udara memang tidak dinafikan.Tambahan pula berada dalam kapal terbang yang kecil tersebut menyebabkan kepala saya pening-pening lalat.Nasib baik tak muntah.Perjalanan cuma 1 jam dari pukul 1.35pm dan selamat sampai sekitar 2.35pm dilapangan Bintulu.semasa saya berada dalam pesawat ringan tersebut,mata saya asyik merenung tanda EXIT.Tak tahu pulak kenapa.
Sebelum jam 3 petang,rombomgan kami ke Trip Murum HEP selamat sampai.Sudah ada van menunggu Best juga kalau begitu.Tidak dinafikan kerana trip yang ditaja sepenuhnya memang ada keistimewaan begini.
Dari lapangan terbang kami dibawa terus ke hotel Promenade.Cuaca hujan tidak mengganggu perjalanan kami.Akhirnya kami tiba di Hotel Promanade jam 3.20 pm.
No comments:
Post a Comment