Sunday, November 19, 2017

Wakil Takaful Keluarga

Tahukah anda?
Etiqa Takaful Berhad sentiasa membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk menjadi WAKIL TAKAFUL KELUARGA.

Tahukah anda, ganjaran yang ditawarkan kepada anda merupakan antara yang tertinggi di Malaysia?



Ganjaran yang ditawarkan kepada anda

  • Pendapatan yang tidak terhad
  • Waktu kerja yang fleksibel
  • Pakej komisen, bonus dan insentif yang menarik
  • Pengiktirafan diatas pencapaian
  • Perniagaan boleh diwarisi
  • Latihan dan bimbingan berterusan
  • Kenaikan pangkat atau gaji tanpa had
  • Keluar melancong percuma keluar negara

Tahukah anda, mungkin anda yang ETIQA sedang cari?
Kami sedang mencari individu yang dinamik, muda dan bersemangat tinggi yang ingin mengusahakan perniagaan Takaful Keluarga secara sambilan atau sepenuh masa.

Jika anda…

  • Beragama Islam
  • Memiliki sekurang-kurangnya SPM
  • Terbuka kepada lelaki dan wanita
  • Berumur 20 hingga 45 tahun pada tarikh permohonan
  • Dan, bersemangat untuk menjadi usahawan takaful keluarga yang berjaya

Apa tindakan anda seterusnya?
Jika anda berminat dan sanggup menghadapi cabaran didalam industri Takaful, anda boleh memohon melalui agensi kami.

Hubung EQITA untuk permohonan wakil takaful.

Dokumen-dokumen yang diperlukan

  • 1 salinan sijil SPM
  • 1 salinan Kad Pengenalan
  • 1 salinan buku atau penyata akaun Maybank
  • 4 keping gambar bewarna bersaiz Kad Pengenalan (bertali leher untuk lelaki dan bertudung untuk wanita)

Bayaran yang perlu disediakan

  1. RM10.00 untuk setem hasil
  2. RM15.00 untuk menjadi ahli Persatuan Takaful Malaysia
  3. RM20.00 untuk membeli buku Asas Wakil Takaful
  4. RM50.00 untuk pendaftaran Peperiksaan Asas Wakil Takaful

Setiap calon wakil takaful keluarga mestilah lulus Peperiksaan Asas Wakil Takaful Keluarga. Sila hubungi kami untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan tarikh Peperiksaan Asas Wakil Takaful.

Monday, October 23, 2017

Trip Murum HEP Belaga Sudah Bermula

Hari ini saya mula mengorak langkah bergaya namun bersahaja. Saya sedang mengikuti Trip Murum HEP (Projek Hidro Elektrik) di Belaga Sarawak sempena pembukaan rasmi Projek Hidro Elektrik (HEP) pada 27 September 2016.Persediaan  untuk menghadiri event terbesar ini sudah  bermula semenjak dua minggu yang lepas.saya pergi bersama seorang lagi blogger atas jemputan Sarawak Blogger dan ditaja sepenuhnya  oleh penganjur besar iaitu Sarawak Energy Berhad.

Saya memulakan trip ke Murum Belaga dengan bertolak dari kediaman rasmi di Kota Samarahan tepat 10.45 pagi.Kebetulan pula ada abang ipar sudi menghantar ke lapangan terbang Antarabangsa Kuching.

Sampai sahaja di lapangan terbang sudah merasa lapar.Melilau mata nak cari barang makan.Dari rumah tadi tak pula berselera untuk makan.Kebetulan pula perut belum terasa lapar.Tanpa berfikir panjang singgah sahaja di sebuah restoran segera untuk makan sebiji  burger dan secawan kopi putih.

Tepat jam 12 tengahari saya baharu nak self check in.Tercari-cari nombor e-tiket dalam telefon.Tak jumpa-jumpa la pulak.Perasaan gelisah sudah menguasai diri.Tanpa berfikir panjang pergi sahaja ke kaunter servis Maswings.Nasib baik mereka tak banyak karenah.Dah selesai baru hari senang dan gembira.

Para pembaca yang belum biasa dengan perjalanan yang menggunakan kapal terbang boleh ambil pengajaran dari kes saya.Lain kali sebelum berangkat ke lapangan terbang sila cetak dulu tiket elekronik.Dah sampai tak mengelabah tak tentu pasal.Sebab sekarang ini banyak menggunakan sistem layan diri sendiri.Teknologi katakan.

Jam 12.30 tengahari baharulah saya berjaya  memasuki bilik pelepasan.Tercari-cari pula dengan teman blogger yakni Bro Garner.Puas mencari sebab sebelum ini belum pernah berjumpa.Oh ya rupanya hensem dan tidak seperti yang saya jangkakan dalam minda.Dalam fikiran beliau dianggap kurus seperti saya.Rupanya tidak.

Bila dah berjumpa kami bersembang sakan.Kami bagaikan kawan lama dan tiada unsur-unsur dingin satu sama lain.Boleh dikatakan kamceng.Memang betul la apabila blogger berjumpa.Faham-faham sahaja.Kepala mesti sama punya.

Masa untuk boarding ke kapal terbang jenis Twin Router sudah tiba.saya tak ada mood pula nak selfie.Jadi tiada gambar la jawapnya.Sebelum menjejakkan kaki ke dalam kapal terbang saya banyakkan berselawat  untuk keselamatan.Yalah kita tidak tahu apa yang akan berlaku dalam perjalanan tersebut.

Perasaan khuatir untuk berada di udara memang tidak dinafikan.Tambahan pula berada dalam kapal terbang yang kecil tersebut menyebabkan kepala saya pening-pening lalat.Nasib baik tak muntah.Perjalanan cuma 1 jam dari pukul 1.35pm  dan selamat sampai sekitar 2.35pm dilapangan Bintulu.semasa saya berada dalam pesawat ringan tersebut,mata saya asyik merenung tanda EXIT.Tak tahu pulak kenapa.

Sebelum jam 3  petang,rombomgan kami ke Trip Murum HEP selamat sampai.Sudah ada van menunggu Best juga kalau begitu.Tidak dinafikan kerana trip yang ditaja sepenuhnya memang ada keistimewaan begini.

Dari lapangan terbang kami dibawa terus ke hotel Promenade.Cuaca hujan  tidak mengganggu perjalanan kami.Akhirnya kami tiba di Hotel Promanade jam 3.20 pm.

Monday, August 7, 2017

Dapatkan Kontraktor Pameran Terbaik untuk Bekerja untuk Anda

Setelah anda menentukan tarikh pameran seterusnya yang anda akan serta, anda harus mula memikirkan untuk mengupah kontraktor booth pameran terbaik yang anda dapat cari untuk membantu dengan semua keperluan pameran anda.



Setiap perniagaan yang mempamerkan dalam exhibition perdagangan, pameran awam dan lain-lain bentuk perayaan perdagangan memerlukan perkhidmatan booth kontraktor yang baik untuk membantu mereka menyediakan tempat atau gerai yang sesuai. Anda perlu melakukan sedikit kajian supaya anda dapat mencari orang yang paling sesuai untuk booth pameran anda.

Selalunya apa yang terbaik adalah kontraktor yang anda pilih perlu mempunyai pengalaman terdahulu dalam industri mereka, tetapi kadang-kadang kontraktor baru mempunyai idea-idea baru dan segar dari segi reka bentuk, contohnya.

Biasanya, kontraktor pameran bertanggungjawab untuk sebahagian atau keseluruhan projek, dari segi di mana pelanggan memerlukan banner stand atau booth untuk acara yang akan diwakili olehnya. Mana-mana perniagaan, biarpun besar atau kecil, mungkin merasakan mereka boleh mendapat manfaat daripada menghadiri pameran atau pameran di mana orang ramai boleh bercakap dengan mereka dan membentuk idea tentang perniagaan mereka.


Ia adalah peluang yang baik untuk memasarkan diri anda kepada khalayak yang luas. Oleh itu, dapatkan booth pameran yang baik adalah sangat penting - dan begitu juga pilihan syarikat terbaik untuk menyediakan booth gerai anda. Ini adalah sebab anda ingin membuat kesan yang terbaik di pameran, pertunjukan atau perayaan untuk semua orang.


Ia bergantung pada pilihan seseorang apabila menyewa sebuah stesen atau booth yang sedia ada, atau sama ada seseorang mahu ia disediakan dengan unik. Penyewaan mungkin merupakan pilihan yang lebih mudah, tetapi produk yang dipesan lebih dahulu selalu memberikan kesan terbaik.


Kontraktor pameran mungkin perlu menggunakan aksesori, panel, bahan tanda dan material dalam miliknya untuk menghasilkan produk yang sesuai - tetapi itu perlu dibincangkan terlebih dahulu, kerana anda ingin mendapati ideal projek dari awal. Sebab utama di sebalik pilihan ini adalah untuk menjimatkan wang.


Adalah juga penting untuk mengetahui apa kontraktor yang anda pilih dan tanggungjawab mereka. Apabila anda memilih sebuah syarikat untuk projek anda, terdapat beberapa aspek penting untuk dipertimbangkan: Adakah mereka akan design booth dan banner stand untuk anda? Adakah mereka akan bertanggungjawab untuk membinanya dari awal hingga akhir pameran? Adakah mereka akan melukis dan melekat semua tanda-tanda? Adakah mereka akan bertanggungjawab untuk mengangkut semua barangan booth ke tempat pameran? Adakah mereka akan menyimpannya dengan segera sebelum dan selepas acara?


Ini adalah isu praktikal yang boleh menyebabkan banyak kekecewaan jika tidak dikendalikan dengan betul. Juga, pastikan anda bekerjasama dengan kontraktor pameran yang boleh bertindak sebagai pengurus projek untuk mengambil tekanan dari bahu anda. Anda ingin memastikan kontraktor itu menjaga setiap aspek yang berkaitan dengan booth pameran yang dia bangunkan untuk anda. Seorang pengurus projek yang baik akan bertindak sebagai pengantara dan berhubung dengan semua pihak seperti pembekal dan pegawai di tempat, contohnya.


Kadang-kadang ia mungkin berlaku bahawa orang atau syarikat yang anda upah untuk menyediakan booth pamerana mungkin perlu sub kontrak beberapa kerja atau projek kepada pihak lain atau pembantu yang tidak berada di dalam pasukannya.


Kontraktor pameran anda mungkin merasa dia mempunyai alasan yang baik untuk melakukannya tetapi anda ingin dinasihatkan dengan sewajarnya dan diberitahu semua progress sepanjang masa. Sub kontraktor mungkin mengambil tanggungjawab seperti membina bahagian struktur, atau melukisnya. Anda perlu tahu tentang ini dan sebaiknya terkandung dalam mana-mana kontrak.


Apabila anda mengupahkan seseorang untuk tugas ini, pastikan, untuk perlindungan semua orang, terdapat kontrak tertulis dari segi semua aspek penting seperti tarikh penyelesaian, bahan dan pembayaran. Sudah tentu ia adalah yang terbaik untuk mempunyai kontrak yang disediakan oleh profesional seperti peguam apabila anda memilih kontraktor pameran.

Tuesday, March 21, 2017

Pernahkah anda terlibat dengan rasuah?

Rasuah ditakrifkan sebagai satu kelakuan memberi sesuatu kepada orang-orang yang tertentu dengan niat untuk mendapatkan sesuatu yang bukan menjadi haknya. Untuk pengetahuan semua Malaysia menduduki tangga ke-44 dalam Indeks rasuah.  Sebelum ini kedudukan rasuah Malaysia adalah di tangga ke-39, bermakna telah jatuh 5 anak tangga. Rasuah di Malaysia bukan sahaja berlaku kepada bahagian penguatkuasaan malahan merebak kepada pembangunan malahan pendidikan. Aktiviti rasuah boleh mendatangkan bahana yang amat berbahaya kepada masyarakat dan negara

foto kredit kepada Sinar Harian

Pernahkah anda terlibat dengan aktiviti rasuah? Rasuah bukan sahaja melibatkan kewangan, malah untuk mendapatkan sesuatu jawatan dan juga pekerjaan. Pasti anda pernah mendengar word “recommend” atau orang kampung sebut “rekemen”. Biasanya ia berkaitan untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan. Cuba korang bayangkan dalam banyak-banyak candidates yang layak untuk mengisi sesuatu job position, tetapi disebabkan rasuah maka orang yang lebih rendah kemampuanya yang mendapat jawatan itu. Pada aku, ia umpama macam mengambil rezeki atau hak orang lain. Kebiasaanya apabila penemuduga itu saudara mara, maka ia semacam satu kelebihan pula untuk mendapatkan pekerjaan. Adakah kita terlibat dengan perkara ini, sama-samalah kita renungkan. Bagi yang sudah terlibat, bertaubatlah dan jangan diulang lagi. Bagi yang masih belum melakukan, berusaha untuk jauhkan diri anda dari perkara yang dilarang tersebut.

Pernah aku membaca satu berita dari berita harian tentang mangsa gempa bumi di Indonesia. Dalam Akhbar tersebut menyatakan rintihan mangsa gempa bumi apabila pegawai yang sepatutnya terlibat dalam menjaga kebajikan mangsa-mangsa, tetapi telah menyelewengkan bantuan-bantuan ubat-ubatan dan makanan yang dihantar oleh pasukan bantuan dari luar Indonesia. Atas sebab itu kemudianya, bantuan dari negara luar terus dihantar sendiri kepada mangsa-mangsa oleh negara-negara penyumbang.

Kebiasaanya rasuah melibatkan individu yang mempunyai kuasa untuk membuat sesuatu keputusan. Antaranya ialah  individu-individu yang terlibat dalam penguatkuasaan seperti polis, JPJ, kastam dan immigration. Begitu juga di sektor pembangunan, kerapkali kita dengar pegawai-pegawai yang terlibat adalah mereka yang mempunyai kuasa untuk meluluskan pemberian sesuatu projek. Itu golongan penerima rasuah, manakala pemberi rasuah adalah orang yang berkepentingan untuk melepaskan diri atau untuk mendapatkan sesuatu. Sebagai contoh apabila ditahan kerana melanggar peraturan lalu lintas, ada yang menghulurkan duit kepada pihak penguatkuasa untuk tidak dikenakan saman. Bagi orang yang ingin mendapatkan sesuatu projek  pembangunan dan pembinaan dengan mudah, caranya memberi rasuah kepada pegawai yang terlibat agar dapat memenangi perebutan tender.

Akibat dari rasuah ni maka terjadilah projek-projek yang tidak selamat dan berbahaya. Bangunan-bangunan yang dibina cepat rosak, buatan yang tidak elok dan faktor keselamatan yang tidak dititik beratkan. Pembinaan sambil lewa, hanya berkentingan untuk mendapatkan wang untuk diri sendiri. Penjenayah atau orang yang melanggar peraturan pula akan bebas dan melakukan kesalahan berulangkali.

Seperti yang diketahui, rasuah berlaku di mana-mana sahaja tidak kira tempat. Hatta di sekolah juga selalu berlaku penyalahgunaan kewangan. Misalanya pembelian sesuatu barangan yang dimasukkan di bawah barangan pakai habis yang boleh dimanipulasi jumlahnya. Juruaudit pula hanya datang setahun sekali dan mereka cuma melihat data tetapi tidak memantau kuantiti dan jenis barangan yang dibeli. Ini kerana kurang penyeliaan oleh pegawai atasan yang teliti dan menyebabkan individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan di atas kelemahan ini. Itu belum lagi dengan tabiat lewat masuk ke kelas dan lewat datang ke sekolah.

Di bawah adalah kesalahan-kesalahan rasuah yang mesti kita hindari yang dipetik dari http://tatiuc.edu.my/syahrul/Rasuah.htm

KESALAHAN RASUAH

Meminta/ Menerima Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

Menawar/Memberi Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

Membuat Tuntutan Palsu
Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya.

Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu- nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.

 Di Malaysia hukuman bagi seorang perasuah ialah penjara dan rotan bagi berumur 50 tahun ke bawah. Tetapi di China hukuman kepada perasuah adalah hukuman mati.

Saturday, February 25, 2017

Index Search Engine Menjadi Kurang

Aneh sungguh kebelakangan ini index search engine berkurang dan apa penyebabnya, itulah yang dirasakan pada beberapa hari terakhir ini jika melihat hasil SeoQuake Plugin. Semakin lama Undex Search Engine atas Google terus menjadi kurang walaupun kandungan artikel terus di tulis;) apakah yang anda mengetahui apakah punca semua ini. Bahkan sempat ada beberapa artikel yg memang sengaja di pengoptimuman gak tahu ada di mana sekarang kedudukannya.



Ia seolah-olah ada beberapa faktor besar yang menjadi kayu pengukur Google.com dalam menyimpan index dari setiap laman web, jika memang isi dari sebuah artikel itu sesuai dengan syarat Search Engine baru akan selalu di pertahankan kewujudan. Seperti ada beberapa Pakar SEO berkata seperti itu. :)

Tetapi jika masalah Index Search Engine berkurang terus menerus gak semangat lagi jadinya tulis terus kerana bukannya bertambah index malah index menjadi semakin berkurang saja, ibarat terus menerus bersenam tetapi bukannnya tambah sihat tetapi malah semakin membuat badan jadi sakit-sakitan. Apalagi jika tidak rutin, setiap habis olah raga pasti pegal-pegal semua.

Begitu juga kejadian Index Search Engine berkurang ini, saya beda dengan kejadian yang telah di alami kali ini. Memang jika di lihat perbandingannya dengan beberapa blog saya yang lain sewaktu-waktu boleh kembali normal lagi Indexnya namun waktu menantikan semua kembali normal saya boleh diramal, boleh cepat atau sangat lambat sekali.

Melihat kembali artikel Rahsia Search Engine yg beberapa waktu lalu di tulis saya cuma berpesan sering-sering melakukan penyelidikan atau percubaan dalam melakukan optimasi blog, namun jangan terlalu kelewatan ya, Google memang sangat pintar Algoritmanya dalam menyaring dan menentukan siapa yang berhak berada di laman pertama mereka di SERP nantinya. Salam.