Statistik Kementerian Kesihatan sejak
lima tahun lalu yang mendapati 11.2 peratus penduduk berusia 18 tahun ke
atas mengalami masalah itu. Pada masa yang sama 20.3 peratus
kanak-kanak dan remaja berusia 5 hingga 15 tahun mengalami masalah
serupa.
Berdasarkan kenyataan tersebut ada kaitan yang ditemui di antara menghadapi peperiksaan sebagai punca tekanan kepada individu.
Mungkin sebab sesetengah individu
meletakkan kecemerlangan dalam peperiksaan sebagai kayu pengukur atau
indikator mutlak dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar. Kegagalan
dalam mencapai sesuatu target menyebabkan lahirnya perasaan kecewa dan
membawa kepada kesan lain pulak.
Hakikatnya bukan setakat budak-budak dan
remaja, golongan dewasa pun selalu mengeluh bila perlu menghadapi
peperiksaan, lebih-lebih lagi yang sudah agak berumur, tak pasal-pasal
tekanan darah naik dan macam-macam penyakit lain muncul.
Bila nak exam banyak persiapan yang perlu di buat. Open book test pun kadang-kadang lagi susah berbanding close book test.
Namun demikian peperiksaan juga
diperlukan dalam menilai keberkesanan sesuatu proses pembelajaran para
pelajar dan juga kefahaman serta kemahiran seseorang pekerja dalam
organisasinya. Mungkin jugak satu kaedah lain perlu dikaji untuk
menambahbaik sistem penilaian sesuatu perkara di dalam negara ni.
Apa dia gamaknya cara dan kaedah yang paling sesuai untuk gantikan kaedah peperiksaan ni…
No comments:
Post a Comment