Monday, March 2, 2015

Adakah anda Mengalami Penderitaan Dari Penyakit Kemurungan?

Jika anda telah berasa amat kecewa dan sedih untuk tempoh yang lama, anda mungkin mengalami masalah penyakit kemurungan. Definis untuk kemurungan boleh dikatakan sebagai gangguan mood yang menyebabkan perasaan kesedihan berterusan dan kehilangan minat. Ia juga dikenali sebagai kemurungan klinikal yang memberi kesan tentang macam mana anda merasa, berfikir dan berkelakuan.



Hampir semua orang akan berasa kecewa atau sedih dari semasa ke semasa. Kita semua akan menghadapi kekecewaan dan peristiwa buruk yang membuat kita mengalami mood buruk. Walau bagaimanapun, jika perasaan ini kekal bersama anda selama beberapa minggu, dan perasaan itu telah menyebabkan otak dan kelakuan anda berfungsi dengan baik, ada kemungkinan besar anda telah menjadi seorang pesakit kemurungan. Dengan rujuk kepada statistik yang diumumkan, seorang jika mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidapi kemurungan, dia akan menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menndapat penyakit ini juga.

Punca and Tanda Kemurungan
Kemurungan datang dalam pelbagai bentuk dan jenis. Sebab dan puncanya bergantung kepada banyak faktor. Sesetengah orang mempunyai apa yang dipanggil dysthymia, iaitu perasaan mood buruk yang berterusan. Walau bagaimanapun, orang-orang dengan dysthymia biasanya masih boleh berfungsi dengan biasa. Orang yang mempunyai episod kemurungan utama biasanya tidak berfungsi dengan baik langsung. Mereka secara amnya tidak mempunyai keminatan tentang apa-apa saja dan keramaian pesakit kemurungan tidak ingin bangun dari katil langsung.

Ia adalah perkara biasa untuk pesakit kemurungan hilang minat dalam perkara-perkara yang mereka pernah nikmati, seperti hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang sebelum ini yang mereka suka dan menyeronokkan. simptom-simptom kemurungan boleh dikesan sama ada mental dan fizikal.

Simptom Mental:

- Kesihatan mental boleh terganggu dengan hilang keupayaan untuk mengingati maklumat, tumpu perhatian dan membuat keputusan yang tepat.

- Berasa bersalah, tidak berdaya dan berasa seolah-olah mereka tidak bernilai untuk semua orang.

- Kekurangan tenaga dan tahap keletihan meningkat adalah tanda-tanda lazim kemurungan.

- Pesakit boleh merasa seolah-olah mereka atau keadaan hidup mereka tiada harapan dan mula mempamerkan pesimisme.

- Perubahan emosi dan komplikasi seperti senang menjadi marah.

- Kebanyakan orang dengan tanda-tanda kemurungan mungkin mendapati susah untuk masuk tidur dan keresahan melampau.

- Ada orang yang cakap dia mengalami penampakan hantu pada masa tidur dan rasa ketakutan dan keliru.


Simptom Fizikal:

- Kekurangan selera untuk makan. Ramai pesakit kurang keinginan untuk makan dan menyebabkan berat badan mereka turun dengan cepat.

- Mengalami pedih ulu hati yang kerap, muntah-muntah, cirit-birit, kekejangan perut dan sembelit.

- Senang sakit kepala, manakala sesetengah pesakit akan merasa seolah-olah otot mereka amat sakit. Ada juga pesakit yang mengalami kekejangan di abdomen.

· When identifying symptoms of depression, it has been found that many individuals suffer from thoughts associated with suicide. In addition to this, attempts to end one's life are also a symptom of the condition.

Apabila mengenal pasti tanda-tanda kemurungan, telah didapati bahawa ramai pesakit mempunyai pemikiran bunuh diri. Jadi, bagi sesuatu keluarga jika mendapati seseorang ahli keluarga berkelakuan luar biasa, mestilah taruh lebih banyak perhatian terhadapnya.

Statistik Yang Merisaukan
Kebarangkalian menghidapi masalah kesihatan mental di kalangan remaja adalah tertinggi berbanding dengan orang dewasa. Dan peratusan bagi lelaki menghidapi adalah lebih tinggi daripada wanita. Terdapat trend yang meningkat bagi kalangan pelajar dan kalangan warga emas. Ini amat merisaukan.

Murung Ketika Hamil
Dengan statistik dari pejabat kesihatan negara, dalam 10 wanita yang hamil, kira-kira 1 antara mereka akan mengalami kemurungan. Selain daripada hamil, kemurungan juga boleh dihidapi oleh wanita selepas bersalin atau selepas keguguran bayi.

Kemurungan adalah satu isu yang amat serius dan ia boleh menyerang orang-orang yang berfungsi dan produktif sebelum itu. Berita baik dengan kemurungan ialah ia boleh dirawat dan kebanyakan orang akhirnya pulih dan kembali ke kehidupan produktif seperti dahulu.

Walau bagaimanapun, pesakit kemurungan serius boleh menjadi sangat berbahaya dan orang-orang yang mempunyai episod tidak boleh dibiarkan sahaja. Ini adalah keadaan sukar untuk individu yang tinggal diri sendiri dan tidak mempunyai sistem sokongan yang baik.

Ubatan Dengan Menggunakan Cara Dalam Islam
Dari perspektif Perubatan dalam Islam, penyakit kemurungan dikatakan berasal dari laknat syaiton dan jin yang tersembunyi di dalam darah manusia dan menyebabikan gangguan fikiran, jiwa dan hati seseorang.

Cara untuk mengatasi kemurungan yang diajar dalam Islam adalah seperti berikut:

-Potongan ayat 39, Surah Ar-Ra’d:

يَمْحُو اللَّهُ مَا يَشَاءُ
Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki..”


Wallahualam.*Jom layan lagu nasyid best sekejap, tajuk "Pupus".Nyanyian kumpulan Firdaus & Faizal Tahir.


Rawatan
Rawatan untuk kemurungan biasanya mempunyai dua cara yang boleh dijalani sama masa. Kedua-dua aspek rawatan kemurungan biasanya melibatkan terapi dengan doktor psikologi, dan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor psikiatri.

Sesetengah orang akan bertindak dengan baik terhadap terapi dan tidak memerlukan sebarang ubat. Tetapi ada juga pesakit kemurungan tidak boleh pulih tanpa menggunakan ubat anti kemurungan. Tindakan pesakit terhadap terapi dan ubat-ubatan adalah sangat individualistik. Walau bagaimanapun, pesakit yang dapat sistem sokongan yang kuat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk memulih daripada pesakit tanpa sistem sokongan yang mencukupi.


Sekarang terdapat banyak jenis ubat-ubat anti kemurungan yang boleh anda beli. Kesemuaan ubat ni mempunyai kesan untuk mengubah neurotransmitter yang bertanggungjawab bagi menjalankan impuls saraf di dalam otak. Walau bagaimanapun, rawatan kemurungan bukan satu sains yang tepat dan syarikat-syarikat farmasi yang mengeluarkan ubat-ubatan ini akan berkata dalam semua perkataan bahawa mekanisme tindakan untuk ubat-ubatan yang dikeluarkan belum dijelaskan sepenuhnya. Jadi anda mesti berhati-hati apabila memilih untuk membeli ubat tu, jika salah beli anda mungkin boleh menghadapi kesan sampingan ubat yang buruk.

Terdapat beberapa kategori ubat-ubatan, jenis yang digunakan oleh orang ramai dipanggil SSRI(Selective Serotonin Re-uptae Inhibitors). Majoriti ubat yang paling popular untuk anti kemurungan jatuh dalam kategori ini. Antara jenama termasuk, Paxil, Prozac, Zoloft, Celexa, dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, SSRI ini tidak akan berkesan untuk semua pesakit, jadi terdapat ubat yang berfungsi untuk neurotransmitter lain seperti dopamine dan norepinephrine.

Beberapa ubat anti kemurungan terkenal yang bukan SSRI termasuk Wellbutrin, Remeron, dan Effexor. Malangnya mencari ubat yang berkesan untuk penyakit anda hanya boleh dilakukan melalui proses percubaan dan kesilapan. Di samping itu, tiada seorang akan mendapat kesan segera dengan ubat-ubatan ini. Ia biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya satu bulan untuk mengetahui sama ada ubat tertentu akan berkesan atau tidak untuk anda. Ini merupakan satu proses yang sangat panjang untuk seseorang pesakit kemurungan untuk memulih.

Bagi masyarakat kita, ramai orang lebih beri keutamaan terhadap penjagaan kesihatan fizikal daripada penjagaan kesihatan mental. Tetapi ia amat penting juga untuk jaga mental kita. Mental yang sihat akan menghasilkan badan yang sihat. Jadi kita mesti juga menjaga kedua-dua mental dan fizikal supaya kita selalu berada dalam keadaan yang sihat dan gembira.

1 comment:


  1. Artikel yang menarik mengenai masalah kemurungan yang kian melanda rakyat Malaysia terutamanya golongan wanita. Statistik ini kian meningkat disebabkan tahap sosio-ekonomi yang semakin mencabar dan hubungan kekeluargaan yang tidak rapat. Pada pendapat saya, masalah kemurungan ini sebaik-baiknya dirawat dengan kaedah-kaedah yang tidak melibatkan penggunaan ubat psikiatrik seperti mengadakan sesi kaunseling dan sebagainya. Ubat psikiatrik hanya diberi sekiranya masalah pesakit telah menjadi serius seperti ada perasaan membunuh diri atau mencederakan orang lain dan sebagainya.

    ReplyDelete