Hampir semua orang akan berasa kecewa atau sedih dari semasa
ke semasa. Kita semua akan menghadapi kekecewaan dan peristiwa buruk yang membuat
kita mengalami mood buruk. Walau bagaimanapun, jika perasaan ini kekal bersama
anda selama beberapa minggu, dan perasaan itu telah menyebabkan otak dan
kelakuan anda berfungsi dengan baik, ada kemungkinan besar anda telah menjadi
seorang pesakit kemurungan. Dengan rujuk kepada statistik yang diumumkan,
seorang jika mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidapi kemurungan, dia
akan menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menndapat penyakit ini juga.
Punca and Tanda Kemurungan
Kemurungan datang dalam pelbagai bentuk dan jenis. Sebab dan
puncanya bergantung kepada banyak faktor. Sesetengah orang mempunyai apa yang
dipanggil dysthymia, iaitu perasaan mood buruk yang berterusan. Walau
bagaimanapun, orang-orang dengan dysthymia biasanya masih boleh berfungsi
dengan biasa. Orang yang mempunyai episod kemurungan utama biasanya tidak
berfungsi dengan baik langsung. Mereka secara amnya tidak mempunyai keminatan
tentang apa-apa saja dan keramaian pesakit kemurungan tidak ingin bangun dari
katil langsung.
Ia adalah perkara biasa untuk pesakit kemurungan hilang
minat dalam perkara-perkara yang mereka pernah nikmati, seperti hobi dan
aktiviti-aktiviti lain yang sebelum ini yang mereka suka dan menyeronokkan.
simptom-simptom kemurungan boleh dikesan sama ada mental dan fizikal.
Simptom Mental:
- Kesihatan mental boleh terganggu dengan hilang keupayaan
untuk mengingati maklumat, tumpu perhatian dan membuat keputusan yang tepat.
- Berasa bersalah, tidak berdaya dan berasa seolah-olah
mereka tidak bernilai untuk semua orang.
- Kekurangan tenaga dan tahap keletihan meningkat adalah
tanda-tanda lazim kemurungan.
- Pesakit boleh merasa seolah-olah mereka atau keadaan hidup
mereka tiada harapan dan mula mempamerkan pesimisme.
- Perubahan emosi dan komplikasi seperti senang menjadi
marah.
- Kebanyakan orang dengan tanda-tanda kemurungan mungkin
mendapati susah untuk masuk tidur dan keresahan melampau.
- Ada orang yang cakap dia mengalami penampakan hantu pada masa tidur dan rasa ketakutan dan keliru.
- Ada orang yang cakap dia mengalami penampakan hantu pada masa tidur dan rasa ketakutan dan keliru.
Simptom Fizikal:
- Kekurangan selera untuk makan. Ramai pesakit kurang
keinginan untuk makan dan menyebabkan berat badan mereka turun dengan cepat.
- Mengalami pedih ulu hati yang kerap, muntah-muntah,
cirit-birit, kekejangan perut dan sembelit.
- Senang sakit kepala, manakala sesetengah pesakit akan
merasa seolah-olah otot mereka amat sakit. Ada juga pesakit yang mengalami
kekejangan di abdomen.
· When identifying symptoms of depression, it has been found
that many individuals suffer from thoughts associated with suicide. In addition
to this, attempts to end one's life are also a symptom of the condition.
Apabila mengenal pasti tanda-tanda kemurungan, telah
didapati bahawa ramai pesakit mempunyai pemikiran bunuh diri. Jadi, bagi
sesuatu keluarga jika mendapati seseorang ahli keluarga berkelakuan luar biasa,
mestilah taruh lebih banyak perhatian terhadapnya.
Statistik Yang Merisaukan
Kebarangkalian menghidapi masalah kesihatan mental di
kalangan remaja adalah tertinggi berbanding dengan orang dewasa. Dan peratusan
bagi lelaki menghidapi adalah lebih tinggi daripada wanita. Terdapat trend yang
meningkat bagi kalangan pelajar dan kalangan warga emas. Ini amat merisaukan.
Murung Ketika Hamil
Dengan statistik dari pejabat kesihatan negara, dalam 10
wanita yang hamil, kira-kira 1 antara mereka akan mengalami kemurungan. Selain
daripada hamil, kemurungan juga boleh dihidapi oleh wanita selepas bersalin
atau selepas keguguran bayi.
Kemurungan adalah satu isu yang amat serius dan ia boleh
menyerang orang-orang yang berfungsi dan produktif sebelum itu. Berita baik
dengan kemurungan ialah ia boleh dirawat dan kebanyakan orang akhirnya pulih
dan kembali ke kehidupan produktif seperti dahulu.
Walau bagaimanapun, pesakit kemurungan serius boleh menjadi
sangat berbahaya dan orang-orang yang mempunyai episod tidak boleh dibiarkan
sahaja. Ini adalah keadaan sukar untuk individu yang tinggal diri sendiri dan
tidak mempunyai sistem sokongan yang baik.
Ubatan Dengan Menggunakan Cara Dalam Islam
Dari perspektif Perubatan dalam Islam, penyakit kemurungan
dikatakan berasal dari laknat syaiton dan jin yang tersembunyi di dalam darah
manusia dan menyebabikan gangguan fikiran, jiwa dan hati seseorang.
Cara untuk mengatasi kemurungan yang diajar dalam Islam
adalah seperti berikut:
-Potongan ayat 39, Surah Ar-Ra’d:
يَمْحُو
اللَّهُ مَا يَشَاءُ
“Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki..”
Wallahualam.*Jom layan lagu nasyid best sekejap, tajuk
"Pupus".Nyanyian kumpulan Firdaus & Faizal Tahir.
Rawatan
Rawatan untuk kemurungan biasanya mempunyai dua cara yang
boleh dijalani sama masa. Kedua-dua aspek rawatan kemurungan biasanya
melibatkan terapi dengan doktor psikologi, dan ubat-ubatan yang diberikan oleh
doktor psikiatri.
Sesetengah orang akan bertindak dengan baik terhadap terapi
dan tidak memerlukan sebarang ubat. Tetapi ada juga pesakit kemurungan tidak
boleh pulih tanpa menggunakan ubat anti kemurungan. Tindakan pesakit terhadap
terapi dan ubat-ubatan adalah sangat individualistik. Walau bagaimanapun,
pesakit yang dapat sistem sokongan yang kuat mempunyai kebarangkalian yang
lebih tinggi untuk memulih daripada pesakit tanpa sistem sokongan yang
mencukupi.
Sekarang terdapat banyak jenis ubat-ubat anti kemurungan
yang boleh anda beli. Kesemuaan ubat ni mempunyai kesan untuk mengubah
neurotransmitter yang bertanggungjawab bagi menjalankan impuls saraf di dalam
otak. Walau bagaimanapun, rawatan kemurungan bukan satu sains yang tepat dan
syarikat-syarikat farmasi yang mengeluarkan ubat-ubatan ini akan berkata dalam
semua perkataan bahawa mekanisme tindakan untuk ubat-ubatan yang dikeluarkan
belum dijelaskan sepenuhnya. Jadi anda mesti berhati-hati apabila memilih untuk
membeli ubat tu, jika salah beli anda mungkin boleh menghadapi kesan sampingan
ubat yang buruk.
Terdapat beberapa kategori ubat-ubatan, jenis yang digunakan
oleh orang ramai dipanggil SSRI(Selective Serotonin Re-uptae Inhibitors).
Majoriti ubat yang paling popular untuk anti kemurungan jatuh dalam kategori
ini. Antara jenama termasuk, Paxil, Prozac, Zoloft, Celexa, dan lain-lain lagi.
Walau bagaimanapun, SSRI ini tidak akan berkesan untuk semua pesakit, jadi
terdapat ubat yang berfungsi untuk neurotransmitter lain seperti dopamine dan
norepinephrine.
Beberapa ubat anti kemurungan terkenal yang bukan SSRI
termasuk Wellbutrin, Remeron, dan Effexor. Malangnya mencari ubat yang berkesan
untuk penyakit anda hanya boleh dilakukan melalui proses percubaan dan
kesilapan. Di samping itu, tiada seorang akan mendapat kesan segera dengan
ubat-ubatan ini. Ia biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya satu bulan untuk
mengetahui sama ada ubat tertentu akan berkesan atau tidak untuk anda. Ini
merupakan satu proses yang sangat panjang untuk seseorang pesakit kemurungan
untuk memulih.
Bagi masyarakat kita, ramai orang lebih beri keutamaan
terhadap penjagaan kesihatan fizikal daripada penjagaan kesihatan mental.
Tetapi ia amat penting juga untuk jaga mental kita. Mental yang sihat akan
menghasilkan badan yang sihat. Jadi kita mesti juga menjaga kedua-dua mental
dan fizikal supaya kita selalu berada dalam keadaan yang sihat dan gembira.