Luahan hati Cikgu Hasniza sekarang sedang viral dimedia sosial terutamanya di kalangan guru. Luahan hati beliau, hanya cikgu sahaja yang memahaminya. Apabila saya baca luahan hati Cikgu Hasniza ini, teringat zaman saya mengajar di sekolah dulu.
Pada pendapat saya, pentaksiran berterusan itu bagus kerana ia lebih holistik berbanding dengan pentaksiran berpusat. Tapi, PBS perlu dibaiki lagi. Cikgu-cikgu 'melenting' dan 'merungut', tentu ada sebabnya. Kaji, dan baikilah kelemahan itu. Terdapat contoh pentaksiran berterusan yang bagus sebenarnya, seperti yang dijalankan di sekolah teknik, kolej vokasional, pusat tingkatan 6 dan kolej matrikulasi. Sedar tak, cikgu-cikgu yang bertugas di sana, tak banyak merungut pun.
Yang paling saya sedih tentang PBS, ia merosakkan profesionalisme perguruan. Masyarakat melabel guru sebagai golongan yang suka merungut. Ada kawan bukan cikgu pernah cakap, cikgu banyak cuti, naik pangkat cepat, tapi bila buat kerja merungut-rungut. Ada kawan cikgu pula, asyik-asyik berkata pendidikan di Malaysia teruk dan dia nak berhijrah, jadi cikgu di UK. Tak patut kan!
Kenyataannya, cikgu-cikgu yang saya kenal, tak pernah berkira untuk menjalankan tugas, tak berkira untuk membelanjakan duit untuk murid dan sekolah, dan tak berkira mengorbankan masa untuk meningkatkan kualiti dan kuanititi pencapaian murid.
Kepada rakan-rakan cikgu semua sekalian, janganlah putus asa dengan senang! Lawan tepat lawan!
Kepada ibu bapa atau pelajar-pelajar yang ingin mengetahui macam mana mereka boleh menggunakan Sistem SAPS Ibu Bapa untuk buat semakan bagi keputusan peperiksaan mereka, boleh mereka klik link yang diberikan dan anda boleh buat rujukan di sana.
Wednesday, October 21, 2015
Wednesday, August 26, 2015
Bank Islam Pinjaman Peribadi-i
Bank Islam Pinjaman Peribadi-i (Bank Islam Personal Financing-i) adalah satu pakej pinjaman yang ditawarkan kepada kakitangan sektor awam dan GLC yang terpilih sahaja. Produk ini berasaskan Syariah atas kontrak Wakalah. Terdapat tiga peringkat kadar faedah di mana anda boleh menikmati faedah yang lebih baik jika anda memilih produk Takaful terpilih. Produk ini termasuk penulisan wasiat TakafulWill, Banca Takaful atau BankIslam Card-i.
Sebagai pinjaman peribadi di Malaysia, pinjaman Bank Islam ini tidak perlu cagaran atau penjamin untuk memohon. Satu perbezaan untuk pinjaman peribadi ini dengan bank lain adalah anda boleh pilih untuk bayaran kadar faedah secara tetap atau terapung. Ini mungkin tidak menjadi satu kelebihan yang baik pada masa ekonomi yang baik tetapi sudah pasti memberi manfaat dalam tempoh kemelesetan di mana kadar faedah boleh naik lebih daripada 10% di Malaysia.
Pembayaran balik
Pembayaran bagi Bank Islam Personal Financing-i dilakukan melalui potongan gaji automatik. Potongan maksimum adalah 50% - 60% daripada gaji peminjam.
Kelayakan
Ia dinyatakan dengan jelas bahawa pinjaman ini hanya ditawarkan kepada pekerja Sektor Awam Malaysia sahaja. Untuk layak mendapat pinjaman, anda akan perlu membuktikan bahawa anda adalah warganegara Malaysia, berusia 18 tahun ke atas dan mempunyai gaji minimum RM 2,000 sebulan.
Bayaran
Tiada bayaran pemprosesan apabila anda memohon pinjaman tetapi anda akan dikenakan bayaran RM 50 Yuran Wakalah untuk produk ini. 0.55% duti setem yang berdasarkan kepada jumlah pinjaman juga perlu anda bayar. Penalti untuk 1% setahun akan dikenakan untuk pembayaran balik lewat.
Dokumentasi
Pemohon perlu membawa barangan berikut semasa memohon pinjaman ini:
* Salinan IC di bahagian depan & belakang
* 90 hari slip gaji terkini
* 90 hari penyata bank (bank statement) terkini dengan akaun kredit gaji
* Pengesahan pekerjaan kontrak
Jadual Bayaran
Rujukan: Pinjaman Peribadi Bank Islam
Friday, May 8, 2015
Baju Pesta Muslim Zahra
Kali ini saya ingin menulis tentang baju pesta muslim design saya. Oya sebelum ini saya ingin menyampaikan uneg-uneg saya, saya kurang setuju jika ada yang menyatakan suatu design itu original. Kerana saya melihat ramai designer yang saling memberi inspirasi. Suatu saat saya kecewa dengan seseorang yang di laman web beliau menuliskan bahawa itu hasil design original dia. Olala saya melihat design baju dia mirip dengan baju saya.
Bagi saya tidak menjadi masalah sesama designer saling memberi inspirasi, boleh disebut simbiosis mutualisme kan?
Ok, kita kembali kepada topik, kali ini baju pesta yang saya design yang diilhamkan daripada model kebaya modern yang saat ini sedang trend. Bahagian atasan berbahan kain tile spider yang mewah bermotif bunga. Bahagian long dress sebagai dalaman dibuat dari bahan kain satin sutera berwarna padam.
Baju gamis one piece ini dilengkapi dengan resleting / zip di belakang. Baju pesta muslim ini sangat sesuai dipakai untuk acara rasmi, acara pesta.
Saya juga pemula dalam hal mendesign baju muslim, saya sependapat dengan ibu yang menyatakan kurang setuju jika ada yang menyatakan suatu design itu original, saya rasa kita tidak perlu menutupi karna sesama designer memang saling memberi inspirasi dan boleh sharing dan boleh sama sama belajar
Kalau saya boleh tau design yang ibu keluarkan personalnya untuk siapa, apakah boleh masuk semua usia, maksud saya remaja hingga dewasa atau khusus dan biasanya zahra berapa kali dan berapa tempoh atau berapa model design yang dikeluarkan dalam setahun.
Jika anda ingin membeli baju muslimah yang siap sedia, boleh anda kunjungi http://www.bajuspot.com/
Bagi saya tidak menjadi masalah sesama designer saling memberi inspirasi, boleh disebut simbiosis mutualisme kan?
Ok, kita kembali kepada topik, kali ini baju pesta yang saya design yang diilhamkan daripada model kebaya modern yang saat ini sedang trend. Bahagian atasan berbahan kain tile spider yang mewah bermotif bunga. Bahagian long dress sebagai dalaman dibuat dari bahan kain satin sutera berwarna padam.
Baju gamis one piece ini dilengkapi dengan resleting / zip di belakang. Baju pesta muslim ini sangat sesuai dipakai untuk acara rasmi, acara pesta.
Saya juga pemula dalam hal mendesign baju muslim, saya sependapat dengan ibu yang menyatakan kurang setuju jika ada yang menyatakan suatu design itu original, saya rasa kita tidak perlu menutupi karna sesama designer memang saling memberi inspirasi dan boleh sharing dan boleh sama sama belajar
Kalau saya boleh tau design yang ibu keluarkan personalnya untuk siapa, apakah boleh masuk semua usia, maksud saya remaja hingga dewasa atau khusus dan biasanya zahra berapa kali dan berapa tempoh atau berapa model design yang dikeluarkan dalam setahun.
Jika anda ingin membeli baju muslimah yang siap sedia, boleh anda kunjungi http://www.bajuspot.com/
Labels:
baju kurung,
baju malaysia,
jubah muslimah,
pakaian melayu
Wednesday, April 15, 2015
Apa Itu Temuduga?
Temuduga adalah satu sesi penilaian yang diadili oleh beberapa ahli panel temuduga untuk memilih calon terbaik yang layak bagi tujuan mengisi kekosongan sesuatu jawatan atau kenaikan pangkat. Temuduga tidak terhad kepada bidang pekerjaan sahaja malah temuduga juga ada dilakukan dalam bidang pendidikan contohnya ketika seseorang itu ingin memohon melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
Kebiasaaannya satu sesi temuduga diadili oleh beberapa ahli panel yang mahir dan berkait rapat dengan kekosongan jawatan yang ada. Sebagai contoh, jika terdapat kekosongan di Jabatan Pentadbiran, seorang wakil dari jabatan berkenaan akan menjadi salah seorang ahli panel yang akan mengadili sesi temuduga tersebut manakala seorang wakil dari Jabatan Sumber Manusia akan mengendali temuduga tersebut sekaligus menjadi salah seorang ahli panel yang dilantik.
Setiap daripada kita pasti akan merasai pengalaman ditemuduga sepanjang hidup walaupun sekali. Kepada anda yang masih belum pernah menghadiri sebarang temuduga, anda boleh dapatkan tips bagaimana dan apa yang perlu ada lakukan sebelum menghadiri sebarang temuduga disini.
Sebelum anda menghadiri sebarang sesi temuduga, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan bagi memastikan anda bersedia dan yakin ketika di temuduga dan ini adalah tips temuduga yang pertama.
Mengkaji Latar Belakang Syarikat
Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mengkaji latar belakang syarikat tersebut. Contohnya seperti mencari apakah urusan utama syarikat tersebut, berapa lama ditubuhkan, pencapaian, saiz organisasi, produk atau perkhidmatan yang mereka sediakan dan sebagainya. Ini perlu bagi menunjukkan anda tahu serba sedikit tentang latar belakang syarikat tersebut apabila ditanya nanti.
Seterusnya, buat kajian terperinci tentang jawatan yang ditawarkan. Kaji kenapa jawatan itu diwujudkan, peranan utama jawatan tersebut, pengetahuan yang perlu ada untuk memikul jawatan tersebut dan mengapa anda rasa anda sesuai dengan jawatan yang ditawarkan. Ini bagi menunjukkan bahawa jawatan yang ditawarkan kepada anda betul-betul sesuai dan memenuhi kriteria yang mereka cari.
Tips Temuduga 1
Selepas anda selesai mengkaji latar belakang syarikat dibahagian Tips Temuduga 1, langkah yang seterusnya adalah menyediakan dokumen yang perlu dibawa semasa menghadiri temuduga.
Menyediakan Dokumen Yang Berkaitan
Ada beberapa dokumen yang perlu anda bawa semasa anda menghadiri sebarang temuduga yang ditawarkan. Antara dokumen yang wajib dibawa adalah:
Resume
Sijil Pelajaran (dari tingkatan 3 sehingga peringkat tertinggi)
Salinan Sijil Pelajaran (dari tingkatan 3 sehingga peringkat tertinggi)
Gambar berukuran pasport (digalakkan membawa 2 keping)
Sijil Berhenti Sekolah
Sijil Ko-kurikulum (dari tingkatan 3 sehingga peringkat tertinggi)
Sijil Aktiviti Luar Sekolah/Institut Pengajian Tinggi
Sijil yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon
Resume
Resume anda hendaklah ringkas dan padat dengan maklumat diri anda, kelulusan akedemik, pengalaman kerja(jika ada), kebolehan dan lain-lain.
Sijil Pelajaran Asal
Bawa sijil pelajaran yang asal dari tingkatan 3 hinggalah ke peringkat yang tertinggi dan pastikan ianya lengkap. Penemuduga hanya akan menilai sijil selepas tingkatan 3 sahaja.
Salinan Sijil Pelajaran
Pastikan anda membawa Sijil Pelajaran yang sudah di fotostat untuk simpanan dan rujukan pihak penemuduga.
Gambar Berukuran Pasport
Bawa 2 keping gambar berukuran pasport. Sekeping gambar hendaklah dikepilkan bersama resume dan sekeping lagi sebagai persediaan apabila diminta.
Sijil Berhenti Sekolah
Sijil Berhenti Sekolah wajib dibawa bagi penemuduga mengetahui sama ada anda menamatkan persekolahan sehingga tingkatan 5 atau tidak.
Sijil Ko-kurikulum dan Sijil Aktiviti Luar Sekolah/Institut Pengajian Tinggi
Sijil Ko-kurikulum dan Sijil Aktiviti Luar Sekolah/Institut Pengajian Tinggi menunjukkan anda seorang yang aktif atau pun tidak.
Sijil Yang Berkaitan Dengan Jawatan Yang Dipohon
Bawa sijil yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon bagi menunjukkan bahawa anda sesuai dengan jawatan yang ditawarkan.
Setelah anda selesai menyediakan dokumen yang berkaitan seperti yang diterangkan pada bahagian Tips Temuduga 2, sekarang kita beralih pula pada tips yang seterusnya iaitu tips temuduga yang ketiga.
Mengenal Pasti Lokasi Temuduga
Sebelum anda menghadiri sebarang temudaga, pastikan anda mengetahui lokasi dimana temuduga tersebut akan diadakan. Anda boleh mencari lokasi tersebut menggunakan internet seperti Google Maps, Yahoo Maps, Bing Maps, Wikimapia.org dan sebagainya. Jika anda tidak mempunyai sambungan internet di rumah, pergilah ke mana-mana cafe siber yang berhampiran.
Selain itu, anda juga boleh mencari lokasi temuduga tersebut dengan menggunakan kenderaan anda sendiri. Dengan cara ini, anda dapat melihat sendiri secara lebih dekat dan gambaran sebenar lokasi berkenaan tanpa perlu bersusah payah mencari pada saat akhir.
Ini bagi mengelakkan anda terlambat ketika menghadiri sesi temuduga tersebut dan seelok-eloknya datang 15 minit lebih awal sebelum sesi temuduga tersebut bermula. Jika anda terlambat, ini akan menjejaskan peluang anda kerana ketepatan masa adalah salah satu faktor utama yang akan dinilai oleh mana-mana penemuduga.
Monday, March 2, 2015
Adakah anda Mengalami Penderitaan Dari Penyakit Kemurungan?
Jika anda telah berasa amat kecewa dan sedih untuk tempoh
yang lama, anda mungkin mengalami masalah penyakit kemurungan. Definis untuk
kemurungan boleh dikatakan sebagai gangguan mood yang menyebabkan perasaan
kesedihan berterusan dan kehilangan minat. Ia juga dikenali sebagai kemurungan
klinikal yang memberi kesan tentang macam mana anda merasa, berfikir dan
berkelakuan.
Hampir semua orang akan berasa kecewa atau sedih dari semasa
ke semasa. Kita semua akan menghadapi kekecewaan dan peristiwa buruk yang membuat
kita mengalami mood buruk. Walau bagaimanapun, jika perasaan ini kekal bersama
anda selama beberapa minggu, dan perasaan itu telah menyebabkan otak dan
kelakuan anda berfungsi dengan baik, ada kemungkinan besar anda telah menjadi
seorang pesakit kemurungan. Dengan rujuk kepada statistik yang diumumkan,
seorang jika mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidapi kemurungan, dia
akan menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menndapat penyakit ini juga.
Punca and Tanda Kemurungan
Kemurungan datang dalam pelbagai bentuk dan jenis. Sebab dan
puncanya bergantung kepada banyak faktor. Sesetengah orang mempunyai apa yang
dipanggil dysthymia, iaitu perasaan mood buruk yang berterusan. Walau
bagaimanapun, orang-orang dengan dysthymia biasanya masih boleh berfungsi
dengan biasa. Orang yang mempunyai episod kemurungan utama biasanya tidak
berfungsi dengan baik langsung. Mereka secara amnya tidak mempunyai keminatan
tentang apa-apa saja dan keramaian pesakit kemurungan tidak ingin bangun dari
katil langsung.
Ia adalah perkara biasa untuk pesakit kemurungan hilang
minat dalam perkara-perkara yang mereka pernah nikmati, seperti hobi dan
aktiviti-aktiviti lain yang sebelum ini yang mereka suka dan menyeronokkan.
simptom-simptom kemurungan boleh dikesan sama ada mental dan fizikal.
Simptom Mental:
- Kesihatan mental boleh terganggu dengan hilang keupayaan
untuk mengingati maklumat, tumpu perhatian dan membuat keputusan yang tepat.
- Berasa bersalah, tidak berdaya dan berasa seolah-olah
mereka tidak bernilai untuk semua orang.
- Kekurangan tenaga dan tahap keletihan meningkat adalah
tanda-tanda lazim kemurungan.
- Pesakit boleh merasa seolah-olah mereka atau keadaan hidup
mereka tiada harapan dan mula mempamerkan pesimisme.
- Perubahan emosi dan komplikasi seperti senang menjadi
marah.
- Kebanyakan orang dengan tanda-tanda kemurungan mungkin
mendapati susah untuk masuk tidur dan keresahan melampau.
- Ada orang yang cakap dia mengalami penampakan hantu pada masa tidur dan rasa ketakutan dan keliru.
- Ada orang yang cakap dia mengalami penampakan hantu pada masa tidur dan rasa ketakutan dan keliru.
Simptom Fizikal:
- Kekurangan selera untuk makan. Ramai pesakit kurang
keinginan untuk makan dan menyebabkan berat badan mereka turun dengan cepat.
- Mengalami pedih ulu hati yang kerap, muntah-muntah,
cirit-birit, kekejangan perut dan sembelit.
- Senang sakit kepala, manakala sesetengah pesakit akan
merasa seolah-olah otot mereka amat sakit. Ada juga pesakit yang mengalami
kekejangan di abdomen.
· When identifying symptoms of depression, it has been found
that many individuals suffer from thoughts associated with suicide. In addition
to this, attempts to end one's life are also a symptom of the condition.
Apabila mengenal pasti tanda-tanda kemurungan, telah
didapati bahawa ramai pesakit mempunyai pemikiran bunuh diri. Jadi, bagi
sesuatu keluarga jika mendapati seseorang ahli keluarga berkelakuan luar biasa,
mestilah taruh lebih banyak perhatian terhadapnya.
Statistik Yang Merisaukan
Kebarangkalian menghidapi masalah kesihatan mental di
kalangan remaja adalah tertinggi berbanding dengan orang dewasa. Dan peratusan
bagi lelaki menghidapi adalah lebih tinggi daripada wanita. Terdapat trend yang
meningkat bagi kalangan pelajar dan kalangan warga emas. Ini amat merisaukan.
Murung Ketika Hamil
Dengan statistik dari pejabat kesihatan negara, dalam 10
wanita yang hamil, kira-kira 1 antara mereka akan mengalami kemurungan. Selain
daripada hamil, kemurungan juga boleh dihidapi oleh wanita selepas bersalin
atau selepas keguguran bayi.
Kemurungan adalah satu isu yang amat serius dan ia boleh
menyerang orang-orang yang berfungsi dan produktif sebelum itu. Berita baik
dengan kemurungan ialah ia boleh dirawat dan kebanyakan orang akhirnya pulih
dan kembali ke kehidupan produktif seperti dahulu.
Walau bagaimanapun, pesakit kemurungan serius boleh menjadi
sangat berbahaya dan orang-orang yang mempunyai episod tidak boleh dibiarkan
sahaja. Ini adalah keadaan sukar untuk individu yang tinggal diri sendiri dan
tidak mempunyai sistem sokongan yang baik.
Ubatan Dengan Menggunakan Cara Dalam Islam
Dari perspektif Perubatan dalam Islam, penyakit kemurungan
dikatakan berasal dari laknat syaiton dan jin yang tersembunyi di dalam darah
manusia dan menyebabikan gangguan fikiran, jiwa dan hati seseorang.
Cara untuk mengatasi kemurungan yang diajar dalam Islam
adalah seperti berikut:
-Potongan ayat 39, Surah Ar-Ra’d:
يَمْحُو
اللَّهُ مَا يَشَاءُ
“Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki..”
Wallahualam.*Jom layan lagu nasyid best sekejap, tajuk
"Pupus".Nyanyian kumpulan Firdaus & Faizal Tahir.
Rawatan
Rawatan untuk kemurungan biasanya mempunyai dua cara yang
boleh dijalani sama masa. Kedua-dua aspek rawatan kemurungan biasanya
melibatkan terapi dengan doktor psikologi, dan ubat-ubatan yang diberikan oleh
doktor psikiatri.
Sesetengah orang akan bertindak dengan baik terhadap terapi
dan tidak memerlukan sebarang ubat. Tetapi ada juga pesakit kemurungan tidak
boleh pulih tanpa menggunakan ubat anti kemurungan. Tindakan pesakit terhadap
terapi dan ubat-ubatan adalah sangat individualistik. Walau bagaimanapun,
pesakit yang dapat sistem sokongan yang kuat mempunyai kebarangkalian yang
lebih tinggi untuk memulih daripada pesakit tanpa sistem sokongan yang
mencukupi.
Sekarang terdapat banyak jenis ubat-ubat anti kemurungan
yang boleh anda beli. Kesemuaan ubat ni mempunyai kesan untuk mengubah
neurotransmitter yang bertanggungjawab bagi menjalankan impuls saraf di dalam
otak. Walau bagaimanapun, rawatan kemurungan bukan satu sains yang tepat dan
syarikat-syarikat farmasi yang mengeluarkan ubat-ubatan ini akan berkata dalam
semua perkataan bahawa mekanisme tindakan untuk ubat-ubatan yang dikeluarkan
belum dijelaskan sepenuhnya. Jadi anda mesti berhati-hati apabila memilih untuk
membeli ubat tu, jika salah beli anda mungkin boleh menghadapi kesan sampingan
ubat yang buruk.
Terdapat beberapa kategori ubat-ubatan, jenis yang digunakan
oleh orang ramai dipanggil SSRI(Selective Serotonin Re-uptae Inhibitors).
Majoriti ubat yang paling popular untuk anti kemurungan jatuh dalam kategori
ini. Antara jenama termasuk, Paxil, Prozac, Zoloft, Celexa, dan lain-lain lagi.
Walau bagaimanapun, SSRI ini tidak akan berkesan untuk semua pesakit, jadi
terdapat ubat yang berfungsi untuk neurotransmitter lain seperti dopamine dan
norepinephrine.
Beberapa ubat anti kemurungan terkenal yang bukan SSRI
termasuk Wellbutrin, Remeron, dan Effexor. Malangnya mencari ubat yang berkesan
untuk penyakit anda hanya boleh dilakukan melalui proses percubaan dan
kesilapan. Di samping itu, tiada seorang akan mendapat kesan segera dengan
ubat-ubatan ini. Ia biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya satu bulan untuk
mengetahui sama ada ubat tertentu akan berkesan atau tidak untuk anda. Ini
merupakan satu proses yang sangat panjang untuk seseorang pesakit kemurungan
untuk memulih.
Bagi masyarakat kita, ramai orang lebih beri keutamaan
terhadap penjagaan kesihatan fizikal daripada penjagaan kesihatan mental.
Tetapi ia amat penting juga untuk jaga mental kita. Mental yang sihat akan
menghasilkan badan yang sihat. Jadi kita mesti juga menjaga kedua-dua mental
dan fizikal supaya kita selalu berada dalam keadaan yang sihat dan gembira.
Labels:
kecewa,
kemurungan,
kesihatan,
penyakit kemurungan
Sunday, March 1, 2015
Gadis Melayu Yang Memakai Tudung
Anda boleh memakai tudung buat sepanjang tahun. Sesetengah orang memakainya bersama baju kurung, dan ada juga wanita yang memakainya bersama baju muslimah yang jelita. Jika anda selalu pakai tudung tetapi merasa terlalu panas pada musim panas, boleh anda mempertimbangan untuk membeli tudung yang diperbuat daripada kain lembut sejuk yang boleh mengurangkan kepanasan untuk anda.
Tudung yang berkualiti baik biasanya mempunyai keberatan yang lebih ringan, jadi anda tidak akan rasa hangat seperti mereka yang memakai tudung yang tidak berkualiti baik. Adakah saya menyebut bahawa tudung yang diperbuat daripada kain chiffon kelihatan bagus? Nah! Cuba anda memakai satu tudung macam ni dan pergi bersenam. Ia adalah tudung yang sempurna semasa anda memakainya dan berjoging pagi dalam cuaca yang panas. Jadi adalah baik untuk anda beli tudung yang tahan hangat dan kemudian anda boleh tanggalkan bila anda ingin mandi dan anda akan tahu tudung tu boleh menjaga kulit kepala dan rambut anda dengan baik.
Thursday, January 8, 2015
Sunday, January 4, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)