Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat ada
kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini
dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata sehingga
tujuan utama untuk memberikan pendidikan secara menyeluruh tidak dapat
dilakukan sepenuhnya.
Secara peribadi saya melihat mungkin ada
rasionalnya jugak pandangan Timbalan Perdana Menteri tersebut, kalau
belajar semata-mata untuk lulus dan cemerlang dalam peperiksaan sahaja
akan mengurangkan pencapaian objektif sebenar proses pembelajaran itu.
Namun pada masa yang sama ujian dan peperiksaan juga diperlukan dalam
situasi tertentu sebagai pengukur tahap kefahaman seseorang individu
dalam aktiviti pembelajaran mereka.
Walau bagaimanapun saya pasti kajian
secara komprehensif akan dilaksanakan dan juga pandangan secara
menyeluruh dari semua pihak akan diambil kira dalam perkara ini.
No comments:
Post a Comment