Monday, June 21, 2010

Pemansuhan Peperiksaan UPSR Dan PMR

Akhbar Kosmo! 21 Jun 2010 melaporkan berita mengenai pihak Kementerian Pelajaran Malaysia membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada masa hadapan. Perkara tersebut dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran.



Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan secara menyeluruh tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

Secara peribadi saya melihat mungkin ada rasionalnya jugak pandangan Timbalan Perdana Menteri tersebut, kalau belajar semata-mata untuk lulus dan cemerlang dalam peperiksaan sahaja akan mengurangkan pencapaian objektif sebenar proses pembelajaran itu. Namun pada masa yang sama ujian dan peperiksaan juga diperlukan dalam situasi tertentu sebagai pengukur tahap kefahaman seseorang individu dalam aktiviti pembelajaran mereka.

Walau bagaimanapun saya pasti kajian secara komprehensif akan dilaksanakan dan juga pandangan secara menyeluruh dari semua pihak akan diambil kira dalam perkara ini.

Apa yang pasti, peperiksaan dan ujian memang menjadi amalan biasa di negara ini, bila sudah habis belajar pun ada juga kena ambil exam atau ujian untuk masuk kerja sama ada sektor awam mahupun swasta, bila sudah kerja pun ada juga ujian dan peperiksaan untuk pembangunan karier. hehehe