Pagi tadi saya bawa anak-anak menyertai pertandingan mewarna tema kitar
semula yang dianjurkan pihak berkuasa tempatan di kawasan estet tempat
saya tinggal ni. Pertandingan mewarna tersebut terbuka untuk kanak-kanak
umur 5 dan 6 tahun, sedang eloklah tomyam junior dan princess tomyam
join. Sebenarnya objektif utama bawa mereka menyertai pertadingan
tersebut adalah untuk beri pendedah kepada mereka bergaul dengan skop
yang lebih luas, juga mendidik supaya kalah dan memang merupakan adat
dalam setiap pertandingan, biasalah budak-budak, kalau boleh semua mahu
dia menang je kan.
Peserta diberikan masa selama satu jam untuk mewarnakan lukisan yang
bertemakan kitar semula. Mungkin matlamt utama adalah untuk mendidik
generasi baru penggunaan konsep kitar semula dalam kehidupan harian.
Sambil tu sempat juga snap banner dan kata-kata motivasi yang di gantung
di kompleks kejiranan tu. Lama dah sebenarnya nak snap cuma tak bawa
kamera, kebetulan hari ni bawa kamera dapatlah ambil.
Hasil warna tomyam junior, memang typical orang lelaki kot, semua main
nak cepat aje, tak banyak guna warna dan kaler pun lebih kurang aje
hahaha.
Princess tomyam agak teliti dan cermat
dalam mewarna. Orang perempuan, cumanya ambil masa la pulak untuk
siapkan lukisan tu. Sampai habis masa pun tak siap-siap lagi dia.
hahaha.
Sambil menunggu deme berdua tu siap,
saya juga sempat masuk ke dalam Pusat pembelajaran komuniti di kompleks
tersebut, terjumpa pulak buka Malaysia Book of Records. Macam-macam
rekod yang telah dicatatkan oleh masyarakat malaysia ni, terpanjang,
tertua dan macam-macam ter lagilah. Salah satu ter yang saya sempat baca
tadi adalah berkaitan Istana tertua di negara ini.
Berdasar catatan Malaysia Book of
Records, Istana Balai Besar di Kota Bharu, Kelantan dicatatkan sebagai
bangunan istana tertua di negara ini. Dimulakan pembinaan pada tahun
1840 semasa pemerintahan Sultan Muhammad II (1839-1886). Baru tahu
rupanya, sebelum ni tak tahu la pulak
.
Keputusan pertandingan akan diumumkan
pada hari Ahad minggu depan, tak kisahlah menang atau tidak, janji
budak-budak tu seronok menyertai pertandingan dan belajar sesuatu yang
baru.