Tuesday, June 26, 2018

Ramadhan Jangan Membazir

Menjelang bulan puasa fikiran jadi buntu, tak tahu nak tulis apa dan idea semakin kering seperti keringnya pusat simpanan air di Selangor. Sepatutnya bulan puasa ni fikiran menjadi lebih produktif dari biasa, kerana perut kita berehat dengan tenang sepanjang bulan ramadhan ni. Kalau hari biasa fikiran jadi lagi buntu dek kerana perut sentiasa terisi dari pagi, petang siang dan malam, bila perut penuh mata akan jadi layu seperti Mat Lentok di lorong Chow Kit.




Sepanjang bulan ramadhan ni, baru sekali pergi pasar ramadhan, bukan sebab malas tapi tahun ni tidak begitu teruja dengan makanan. Dah lah kerja tempat makanan dan buat kerja part-time pun di tempat makanan, nafsu makan jadi tidak begitu ghairah untuk makan macam-macam benda. Jadi makan apa saja yang terlintas tanpa ada perancangan rapi.  – makan untuk hidup bukan hidup semata-mata untuk makan.

Oh ya. . bila cerita bab makan ni, ada sesetangah orang suka membazir disebabkan nafsu makan yang kawal mereka. Bila ke pasar ramadhan, macam-macam benda yang ada dijual, kalau boleh semua benda nak diisi dalam perut yang macam tong sampah DBKL. Bila waktu berbuka lantak air sampai 2 jug senafas, lepas tu makan nasi beriani kambing, makan cucur udang, makan lagi kuih keria, makan itu dan ini hingga susah perut nak bernafas. Bila dah kenyang, tentu tak lalu nak makan murtabak yang dibeli tadi, kuay teow kerang, nasi kerabu dan yang lain tu terbuang dalam tong sampah. Oh membazir nya kerana melayan nafsu makan yang besar petang tadi.

Hakikat sebenarnya, perbelanjaan kita dibulan ramadhan ni double up dari hari biasa, itu belum ditambah baju raya yang dah ditempah sampai 3 pasang!. Raya setahun sekali apa ada hal kan!. Takpa. . rewards untuk diri sendiri- alasan standard bila dah terlebih shopping!. Bila habis raya pasti akan termenung bila duit dalam wallet kaler biru hanya tinggal 2 keping untuk sampai hujung bulan……………ouch! pi gadai baju raya semula!

*Jemputan buka puasa bersama sama anak yatim  yang di anjurkan oleh Puteri Park Hotel masih ada kosong lagi. Sesiapa nak datang boleh bagi komen. Siapa cepat dia dapat!Untuk rakan blogger sahaja.  – free of charge.