Tuesday, June 26, 2018

Ramadhan Jangan Membazir

Menjelang bulan puasa fikiran jadi buntu, tak tahu nak tulis apa dan idea semakin kering seperti keringnya pusat simpanan air di Selangor. Sepatutnya bulan puasa ni fikiran menjadi lebih produktif dari biasa, kerana perut kita berehat dengan tenang sepanjang bulan ramadhan ni. Kalau hari biasa fikiran jadi lagi buntu dek kerana perut sentiasa terisi dari pagi, petang siang dan malam, bila perut penuh mata akan jadi layu seperti Mat Lentok di lorong Chow Kit.




Sepanjang bulan ramadhan ni, baru sekali pergi pasar ramadhan, bukan sebab malas tapi tahun ni tidak begitu teruja dengan makanan. Dah lah kerja tempat makanan dan buat kerja part-time pun di tempat makanan, nafsu makan jadi tidak begitu ghairah untuk makan macam-macam benda. Jadi makan apa saja yang terlintas tanpa ada perancangan rapi.  – makan untuk hidup bukan hidup semata-mata untuk makan.

Oh ya. . bila cerita bab makan ni, ada sesetangah orang suka membazir disebabkan nafsu makan yang kawal mereka. Bila ke pasar ramadhan, macam-macam benda yang ada dijual, kalau boleh semua benda nak diisi dalam perut yang macam tong sampah DBKL. Bila waktu berbuka lantak air sampai 2 jug senafas, lepas tu makan nasi beriani kambing, makan cucur udang, makan lagi kuih keria, makan itu dan ini hingga susah perut nak bernafas. Bila dah kenyang, tentu tak lalu nak makan murtabak yang dibeli tadi, kuay teow kerang, nasi kerabu dan yang lain tu terbuang dalam tong sampah. Oh membazir nya kerana melayan nafsu makan yang besar petang tadi.

Hakikat sebenarnya, perbelanjaan kita dibulan ramadhan ni double up dari hari biasa, itu belum ditambah baju raya yang dah ditempah sampai 3 pasang!. Raya setahun sekali apa ada hal kan!. Takpa. . rewards untuk diri sendiri- alasan standard bila dah terlebih shopping!. Bila habis raya pasti akan termenung bila duit dalam wallet kaler biru hanya tinggal 2 keping untuk sampai hujung bulan……………ouch! pi gadai baju raya semula!

*Jemputan buka puasa bersama sama anak yatim  yang di anjurkan oleh Puteri Park Hotel masih ada kosong lagi. Sesiapa nak datang boleh bagi komen. Siapa cepat dia dapat!Untuk rakan blogger sahaja.  – free of charge.

Tuesday, May 22, 2018

Perempuan Merokok Untuk Kurus

Aku ada terbaca mengenai kenyataan Timbalan Presiden Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) Dr Mymoon Alias, mengenai mentaliti perokok perempuan atau wanita yang mempercayai bahawa merokok membolehkan mereka kekal langsing. Aku ada juga terbaca bahawa syarikat rokok sekarang ini mula target produk mereka kepada perokok wanita.




Kita sedia maklum bahawa rokok ini mempunyai hampir 7000 racun didalamnya. Kita juga sedia maklum tentang kesan merokok ini. Walau bagaimanapun, berapa ramai yang ambil endah perkara ini? Pelbagai kempen dan tindakan telah diambil, namun keberkesanannya masih kurang. Menjadi tren pada masa kini pula, perempuan merokok. Boleh kita lihat anak-anak gadis dengan bangganya merokok di khalayak ramai.

Ada pula yang berpendapat bahawa merokok dapat kuruskan badan. Pada aku, memang la kurus kalau semua zat dan organ dalam badan dah mereput. Tiada kebaikan pun yang ada dalam puntung rokok tu.

Pada pengalaman aku sendiri, aku ada seorang kawan yang sangat kuat merokok (heavy smoker), pada satu tahap tu, tangan dia sampai berkudis , bibir sangat hitam dan dua tahun lepas aku dengar dia dimasukkan ke hospital. Alhamdulillah, sekarang ini masih bernyawa dan dinasihatkan berhenti merokok.

Yang paling menyedihkan, perokok pasif yang turut menerima kesannya seperti kanser, masalah jantung dan strok walaupun mereka tidak merokok. Perempuan yang merokok perlu sedar akan hakikat ini, tiada kebaikan yang mereka dapat daripada merokok. Malahan turut memberi kesan kepada kandungan sekiranya perokok itu mengandung. Pilihan terletak pada diri kita sendiri.

Bagi saya, saya lebih ingin untuk menggalakkan semua perempuan untuk berhenti hisap rokok demi kesihatan mereka dan keluarga mereka juga.

Friday, April 27, 2018

Ajarkan Aku Menjadi Tabah

Seperti biasa, apabila saya tidak dapat menerangkan sendiri dalam perkataan, saya akan luahkan semua perkara dan masalah saya ke dalam blog. Sebab begitu saya yakin pasti ada yang faham. haha.

Sehingga ke hari ini, sudah 6 minggu saya menjadi seorang medical student di universiti. InsyaAllah akan diteruskan sehingga ke tahun yang ke-5 andai ada rezeki dan umur yang panjang.

Nak dijadikan cerita, semasa lecture bersama Dr. Har untuk subjek PPD tadi, Doktor ada bertanya, "Adakah apa yang korang lalui kini sama, lebih atau kurang berbanding apa yang korang jangkakan sebagai student medik?"     

Honestly, saya expect bahawa medic student ni just study gila-gila.. saya tak terfikir pun yang ianya susah ataupun sebaliknya. Kononnya, just go with the flow..

Tapi, di sini. Kitorang juga dilatih untuk menjadi someone yang boleh berkomunikasi dengan baik. Not just in class but in social life. So, this stuff make me feel that being a quiet person is a weakness (Just tak banyak cakap, bukan tak suka cakap langsung).

Saya suka bermain muzik, saya suka melukis, saya suka mengemas bilik (haha), tapi saya tak suka cakap dengan banyak. Once, I think being quiet is good, for a girl (to avoid sins) especially. But, I'm sure that the coordinators must know what are the best for their students.

So, even I'm still don't like to talk very much, I'm try jugaklah untuk story-story. Hmmm, if only they know that every single word from my mouth is actually my trial and I'm trying, I will be very happy.. I hope that I'm not provoked by others so I can develop more soon. hehe. Ajarkan aku untuk menjadi tabah.

Pernah gak bercita-cita nak jadi doktor,, Dah masuk dah asasi sains hayat kat um,, then,, nasib tak menyebelahi atas sbb kelalaian sendiri,,, kalau tak mesti muja paham perasan lyla sekarang ni.

Kadang-kadang kita perlu bercakap dan mesra. Tapi saya sokong kita cakap bil aperlu ajer. Kalau asik bercakap ajer..kang orang kata kita giler..hehehe

Tuesday, March 6, 2018

Vitamin Apa yang Sesuai untuk Lelaki?

kalau perempuan nak tampil cantik dan menawan, lelaki pun nak tampil bergaya, kacak dan tampan. hihi.

dalam entry kali ni, saya nak kongsikan dengan pembaca 2 jenis vitamin yang saya amalkan sejak 1 tahun yang lalu sehingga sekarang alhamdulillah saya masih mengamalkannya.

jujur saya katakan bahawa saya tak telan tiap-tiap hari pun vitamin ni di sebabkan beberapa faktor.

faktor pertama adalah bila saya lupa nak telan. faktor kedua adalah bila saya rasa tak perlu telan. hihi.

maksud saya tak perlu telan tu adalah apabila saya rasa saya 'ok' dan 'sihat'

bila saya rasa badan letih, tak bermaya, muka nampak macam tak cukup tidur, muka kusam dan nampak tak berseri, then barulah saya terhegeh-hegeh nak telan. hehe.

vitamin yang saya maksudkan itu adalah

taraaa!


 lagipun vitamin ni banyak manfaat untuk kesihatan dalaman lelaki juga. contohnya, vitamin e dan vitamin c tu boleh hilangkan parut jerawat, kecilkan pori di muka, muka nampak flawless

dan dari segi dalaman pula, ia dapat memperbanyakkan dan meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma (air mani) lelaki, membantu mencegah masalah mati pucuk dan banyak lagi, yang ni kena whatsapp saya sendiri untuk ketahui dengan lebih lanjut sebab ianya 'rahsia lelaki'

sebab

ianya juga mampu untuk memanjangkan, menguatkan (tahan lama) dan membesarkan ...

alaaaaa gurau pun tak boleh. hihihi.

tapi seriously saya suka set bajet ni. sangat recommended kepada yang mementingkan kesihatan dalaman dan luaran.

saya memang dapat merasakan perbezaan sebelum dan selepas menggunakan set vitamin ini.
dulu wajah saya nampak kusam dan tidak bermaya, sekarang saya lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai sebab wajah nampak flawless (perasan sikit) haha. 
gambar tu di ambil selepas saya selesai buat presentation. sebab tu pakai coat tu. muka kawan-kawan semua ceria sebab itu adalah kelas kami yang terakhir untuk semester itu. hehe.
semoga bermanfaat.