Tuesday, March 21, 2017

Pernahkah anda terlibat dengan rasuah?

Rasuah ditakrifkan sebagai satu kelakuan memberi sesuatu kepada orang-orang yang tertentu dengan niat untuk mendapatkan sesuatu yang bukan menjadi haknya. Untuk pengetahuan semua Malaysia menduduki tangga ke-44 dalam Indeks rasuah.  Sebelum ini kedudukan rasuah Malaysia adalah di tangga ke-39, bermakna telah jatuh 5 anak tangga. Rasuah di Malaysia bukan sahaja berlaku kepada bahagian penguatkuasaan malahan merebak kepada pembangunan malahan pendidikan. Aktiviti rasuah boleh mendatangkan bahana yang amat berbahaya kepada masyarakat dan negara

foto kredit kepada Sinar Harian

Pernahkah anda terlibat dengan aktiviti rasuah? Rasuah bukan sahaja melibatkan kewangan, malah untuk mendapatkan sesuatu jawatan dan juga pekerjaan. Pasti anda pernah mendengar word “recommend” atau orang kampung sebut “rekemen”. Biasanya ia berkaitan untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan. Cuba korang bayangkan dalam banyak-banyak candidates yang layak untuk mengisi sesuatu job position, tetapi disebabkan rasuah maka orang yang lebih rendah kemampuanya yang mendapat jawatan itu. Pada aku, ia umpama macam mengambil rezeki atau hak orang lain. Kebiasaanya apabila penemuduga itu saudara mara, maka ia semacam satu kelebihan pula untuk mendapatkan pekerjaan. Adakah kita terlibat dengan perkara ini, sama-samalah kita renungkan. Bagi yang sudah terlibat, bertaubatlah dan jangan diulang lagi. Bagi yang masih belum melakukan, berusaha untuk jauhkan diri anda dari perkara yang dilarang tersebut.

Pernah aku membaca satu berita dari berita harian tentang mangsa gempa bumi di Indonesia. Dalam Akhbar tersebut menyatakan rintihan mangsa gempa bumi apabila pegawai yang sepatutnya terlibat dalam menjaga kebajikan mangsa-mangsa, tetapi telah menyelewengkan bantuan-bantuan ubat-ubatan dan makanan yang dihantar oleh pasukan bantuan dari luar Indonesia. Atas sebab itu kemudianya, bantuan dari negara luar terus dihantar sendiri kepada mangsa-mangsa oleh negara-negara penyumbang.

Kebiasaanya rasuah melibatkan individu yang mempunyai kuasa untuk membuat sesuatu keputusan. Antaranya ialah  individu-individu yang terlibat dalam penguatkuasaan seperti polis, JPJ, kastam dan immigration. Begitu juga di sektor pembangunan, kerapkali kita dengar pegawai-pegawai yang terlibat adalah mereka yang mempunyai kuasa untuk meluluskan pemberian sesuatu projek. Itu golongan penerima rasuah, manakala pemberi rasuah adalah orang yang berkepentingan untuk melepaskan diri atau untuk mendapatkan sesuatu. Sebagai contoh apabila ditahan kerana melanggar peraturan lalu lintas, ada yang menghulurkan duit kepada pihak penguatkuasa untuk tidak dikenakan saman. Bagi orang yang ingin mendapatkan sesuatu projek  pembangunan dan pembinaan dengan mudah, caranya memberi rasuah kepada pegawai yang terlibat agar dapat memenangi perebutan tender.

Akibat dari rasuah ni maka terjadilah projek-projek yang tidak selamat dan berbahaya. Bangunan-bangunan yang dibina cepat rosak, buatan yang tidak elok dan faktor keselamatan yang tidak dititik beratkan. Pembinaan sambil lewa, hanya berkentingan untuk mendapatkan wang untuk diri sendiri. Penjenayah atau orang yang melanggar peraturan pula akan bebas dan melakukan kesalahan berulangkali.

Seperti yang diketahui, rasuah berlaku di mana-mana sahaja tidak kira tempat. Hatta di sekolah juga selalu berlaku penyalahgunaan kewangan. Misalanya pembelian sesuatu barangan yang dimasukkan di bawah barangan pakai habis yang boleh dimanipulasi jumlahnya. Juruaudit pula hanya datang setahun sekali dan mereka cuma melihat data tetapi tidak memantau kuantiti dan jenis barangan yang dibeli. Ini kerana kurang penyeliaan oleh pegawai atasan yang teliti dan menyebabkan individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan di atas kelemahan ini. Itu belum lagi dengan tabiat lewat masuk ke kelas dan lewat datang ke sekolah.

Di bawah adalah kesalahan-kesalahan rasuah yang mesti kita hindari yang dipetik dari http://tatiuc.edu.my/syahrul/Rasuah.htm

KESALAHAN RASUAH

Meminta/ Menerima Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

Menawar/Memberi Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

Membuat Tuntutan Palsu
Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya.

Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu- nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.

 Di Malaysia hukuman bagi seorang perasuah ialah penjara dan rotan bagi berumur 50 tahun ke bawah. Tetapi di China hukuman kepada perasuah adalah hukuman mati.