Saturday, April 23, 2011

Boikot Nuffnang, Khianat Nuffnang, Tikam Nuffnang - Pendapatku

Tajuk macam nak ambil kesempatan dengan 'buzz' yg berlaku semenjak dua menjak ni. Apapun yg difikirkan oleh pembaca, saya rasa saya berhak menyatakan pendapat saya. Blogger yg banyak tinggi trafik sebelum ini telah bersama nuffnang meninggalkan nuffnang dan beralih ke pengiklanan lain. Dengan kata lain tidak berpuas hati dengan pendapatan yg diberikan.

Ada yang kata, seolah2 mereka bekerja dgn kelulusan Master tapi dibayar gaji pekerja Diploma

Ada yang kata, nuffnang ketepikan blogger yg lama sebab nak berikan blog yang baru berdaftar merasa dapat income daripada nuffnang

Ada yang kata CPA hanya menguntungkan Nuffnang dan syarikat Milk-a-Deal, iklan keluar berkali-kali, produk syarikat milk-a-deal dah dapat promosi tapi pemilik blog tidak dapat apa-apa sebab tiada pembelian berlaku

Ada yang kata nuffnang tak mampu nak bayar blog yg trafik tinggi, sebab tu kasik BE dekat blog yg rendah trafik.

Ada yg kata kini hanya tinggal redmummy dan hanis zalikha yg terus kaya dengan nuffnang selebihnya boleh diketepikan pada bila2 masa

Ya, apa yg berlaku adalah blogger rasa mereka di'treat' secara tidak adil dan mereka deserve more than what they have. jadi mereka tinggalkan nuffnang. that's what happen.

Pendapatku: Terpulang kepada blogger itu sendiri utk decide what is the best for his blog. Tiada sebarang perjanjian bertulis kalau trafik banyak income akan banyak dgn nuffnang. Yang pasti kene understand how advertising work. ianya mengikut 'season' ataupun musim, kalau banyak budget dari client, banyaklah nuffnang boleh distribute, kalau takde, mungkin hanya sedidkit sahajalah yang akan dapat. same goes for another blog advertising company, if there's less client, tak dapat jugak banyak income.



On the other hand, nuffnang adalah advertising agency yang accept jer blog yang mana nak register dengan dia, no matter how small the traffic, hari ni buat blog dan publish 1 entry pun dah boleh keluar iklan.

Utk advertiser lain sesetengahnya untuk mendaftar sahaja syaratnya sangat ketat dan hanya sedikit yang layak. Ramai yg merungut  income nuffnang mereka berkurang sendiri tidak layak dengan syaat itu. Apa yg boleh dizahirkan disini ialah, blog itu belum cukup bagus. Antaranya ada jugak  blog yg cuma buat entry ambil kesempatan dengan berita terkini lagi nak kecoh kononnya tidak dijaga dengan baik oleh nuffnang. Nampak obvious sgt kejar trafik dan jugak income

Sebaliknya kalau layak dan lepasi syarat pengiklanan blog lain, honestly i must say go for it, kena fully utilize potential yang ada dengan blog anda tu.

As for me, aku tahu realiti blog ni, blog yg tak layak masuk pengikanan lain, jadi aku kekal dgn syarikat yang aku layak. Kalau anda rasa tidak berbaloi nak letak iklan nuffnang diblog, buang sahaja code nuffnang tu, andalah penentu apa yg keluar di blog anda

p/s: kalau tak suka iklan CPA Milk a Deal yg tak mendatangkan hasil tu, boleh jer padam dekat setting 'show cpa / cpc ads'